loading...

Gereja Penyembah Iblis Pertama Dunia : Luciferian Seeds of Light Temple

gereja penyembah iblis syaitan

Bagi Victor Damian Rozo, tidak ada yang lebih menggembirakan dirinya selain daripada melihat agama anutannya diterima orang ramai.

Menggelarkan dirinya seorang ahli sihir atau 'sorceress', Victor memilih untuk membuka pusat agamanya di Montenegro, sebuah pekan kecil di Colombia. Bagaimanapun, tindakan Victor itu mendapat tentang masyarakat Colombia yang majoritinya berpegang teguh kepada ajaran Kristian Katolik.

Ini kerana Victor adalah seorang penganut agama Luciferism, yang mengagungkan Lucifer atau makhluk yang kita kenali sebagai Iblis, bekas penghulu malaikat yang diberikan tanggungjawab besar menyesatkan manusia.

Luciferian Seeds of Light Temple

luciferian seeds of light patung gergasi

Masyarakat Colombia mula kecoh berkenaan pembukaan gereja tersebut yang menelan belanja hampir RM800,000 ribu. Dihias dengan warna putih dan merah serta dipenuhi dengan pelbagai simbol memuja Lucifer, gereja tersebut dibuka secara rasmi pada awal tahun 2016 dan diiktiraf sebagai gereja pengikut LUcifer pertama di dunia.

Gereja yang dinamakan 'Luciferian Seeds of Light Temple' ini mempunyai status kelayakan yang sah menurut undang-undang Colombia , erta berdaftar sebagai pusat agama yang diiktiraf. Bagaimanapun, pembukaannya tetap mendapat tentangan penduduk setempat, khasnya Gabenor daerah tersebut serta ketua-ketua gereja Kristian yang menganggap ajaran yang dibawa oleh Victor adalah satu bentuk ajaran sesat.

Tuduhan itu dijawab Victor dengan dakwaan dia dan pengikutnya bukanlah penyembah Syaitan, tetapi mereka menyembah Lucifer yang turut diceritakan di dalam kisah-kisah dalam kitab Bible sendiri.

Penggunaan simbol-simbol berunsur syaitan seperti lambang makhluk Baphomet dan tanda salib terbalik yang dipasang pada gereja mereka, membuatkan tuduhan mereka yang mengkritiknya mempunyai asas yang kukuh.

Kaya raya dengan menjual agama

victor damian rozo berucap

Victor tidak malu untuk menyatakan sesuatu sekiranya dia percayakan perkara tersebut. Dia sering mendabik dada mengatakan pengikut gerejanya datang daripada mereka yang berpengaruh serta mempunyai tahap kewangan yang cukup tinggi. Hanya individu yang berkemampuan layak menjadi pengikut Lucifer, pada pandangan Victor.

Dia sendiri tidak mengetahui dari mana datangnya dana yang dikumpulkan kerana tidak menyimpan rekod penyumbang, namun kemampuan untuk membina sebuah gereja bernilai ratusan ribu di atas satu bidang tanah yang besar serta memiliki kediaman mewah, membuktikan wujud kebenaran di sebalik kata angkuh Victor.

Memulakan gerakan memuja Lucifer dengan menjadikan isterinya sendiri yang bernama Yeimi Florez sebagai pengikut pertama, Victor tidak segan untuk menjelaskan mengapa dia memilih Lucifer sebagai Tuhan mereka. Bagi Victor tindakannya itu adalah satu bentuk penentangan terhadap sistem agama yang digunakan di seluruh dunia selama ini.

Mereka percaya Lucifer sebenarnya mahukan dunia yang mengangkat cinta dan keamanan, namun menggunakan cara dan kaedah yang berbeza.

Matlamat melahirkan Satanist dan Luciferian dari awal

the satanic temple gereja mereka memaparkan baphomet

Kejayaan Victor membuka sebuah gereja pemujaan menjadi titik permulaan pengikut Lucifer di Colombia. Lain pula halnya di Amerika Syarikat di mana gerakan Satanist sudah lama bergerak sehingga berjaya menular masuk ke dalam sistem pendidikan di sana secara rasmi.

Semuanya bermula selepas keputusan mahkamah tinggi Amerika Syarikat pada tahun 2004 membenarkan mana-mana persatuan-persatuan bersifat keagamaan menjalankan program untuk murid sekolah selepas tamat waktu sekolah.

Sebuah pertubuhan bebas penganut agama Satanist bernama The Satanic Temple mengambil peluang mula menjalankan program yang dinamakan 'After School Satan' bagi pelajar sekolah yang berminat hendak mengetahui lebih lanjut bagaimana menjadi seorang pengikut Syaitan dan Lucifer, ekoran kebenaran tersebut.

Dimulakan pada tahun 2016 selaras dengan perkembangan masyarakat dunia yang mahu mewujudkan kesamarataan dan kebebasan dalam beragama, program ini dijalankan sebagai satu alternatif kepada gerakan Kristian Evangelical yang menubuhkan program Good News Club di sekolah-sekolah.

after school satan program mendidik kanak kanak sekolah

Mempunyai matlamat mendidik pelajar-pelajar sekolah yang setiap perkara perlu dilihat dalam perspektif berbeza serta terdapat pelbagai pilihan lain lagi sekiranya mempunyai pemikiran terbuka, program 'After School Satan' kini sudah dijalankan di beberapa buah bandar besar di Amerika Syarikat.

Kewujudan program mendapat tentangan paderi-paderi Kristian serta penganutnya, namun mereka tidak terdaya menghalangnya kerana undang-undang Amerika Syarikat membenarkan penubuhan program tersebut, asalkan program itu dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Jurucakap program itu mengatakan tidak adil sekiranya agama lain dibenarkan mengadakan program sendiri sementara The Satanic Temple yang mempunyai jutaan pengikut dihalang, hanya kerana berbeza pandangan tentang agama masing-masing. Mereka mengakui sukatan pelajaran program mereka tidak banyak dikaitkan dengan makhluk ghaib, tetapi lebih kepada melatih kemahiran berfikir dan bertindak mengikut logik dan sains.

Sehingga kini, The Satanic Temple mempunyai lebih 20 cawangan gereja di Los Angeles dan Detroit walaupun baru bermula pada tahun 2014. Pasti Victor menyimpan impian serupa dalam menjadikan Luciferism sebagai salah satu agama alternatif di Colombia, melihat perkembangan pesar The Satanic Temple. Berjaya mengelakkan diri mereka disenaraikan sebagai gerakan ajaran sesat pun, sebenarnya telah berjaya membuka pintu untuk perkembangan agama mereka ini.

Habuan dunia sebagai matlamat utama

pengikut setia lucifer memakai pakaian rasmi dan bertopeng

Dalam temuramah, Victor mengaku sudah hampir 20 tahun menjadi pemuja Lucifer. Pada awalnya, dia hanya mencari pengikut dengan menggunakan platform media sosial dan tidak menyangka wujud ramai individu yang sama sepertinya bersembunyi di seluruh dunia.

Hasil pencariannya membuatkan dia bekerjasama dengan pengikut-pengikut Lucifer yang berada di Amerika Syarikat, Mexico, Bolivia, Uruguay dan Peru serta menambah jaringan pengikutnya. Setiap seorang secara rela hati menyumbangkan dana dalam membantu pembinaan gereja Lucifer itu selepas Victor menyuarakan idea penubuhannya ketika berbincang tentang hala tuju mereka.

Merancang untuk mengadakan himpunan pengikut Lucifer besar-besaran di gereja, Victor mengakui nikmat dunia seperti seks dan kekayaan adalah faktor tarikan penting dalam kepercayaan mereka.

Sebagai ketua gereja, dia lebih selesa untuk membiarkan rakan-rakan pengikutnya memilih sendiri apakah kesenangan dunia yang hendak mereka rasai setiap kali berhimpun. Apa yang penting baginya, adalah perasaan hormat menghormati antara satu sama lain, dengan perkongsian kemewahan dan tubuh beramai-ramai perlulah dilakukan atas persetujuan bersama.

Bagi Victor, perkara yang paling penting untuk difahami masyarakat dunia adalah isi kandungan agama Lucifer ini bukanlah hanya untuk mengagungkan Lucifer semata-mata, tetapi mereka meletakkan Lucifer sebagai satu simbol perjuangan membebaskan diri dari kongkongan pihak yang berkuasa.

Lucifer menentang Tuhan kerana dia mahu mengikut kehendak sendiri. Sementara manusia juga perlu berani bangun menentang pihak yang kecil jumlahnya, tetapi berjaya mengawal hidup kita semua.

Prinsip Lucifer itulah tenet paling penting dalam hidup seorang Luciferian dengan Victor serta gerejanya menjadi batu asas kepercayaan tersebut di Colombia. Adakah kewujudan gerakan menyembah Lucifer ini adalah salah satu petunjuk akhir zaman? Persoalan itu memang cukup sukar hendak dijawab.

Rujukan

VICE

Semana

Previous
Next Post »
loading...