loading...

Dari Mana Negara Besar Pinjam Duit Jika Mereka Berhutang?

hutang malaysia semakin bertambah

Sejak dua menjak ini berita mengenai hutang Malaysia semakin berleluasa. Sebenarnya bukan Malaysia sahaja, malah negara maju yang lain dan kuasa ekonomi dunia terbesar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Jepun sendiri tak terlepas daripada masalah hutang yang tinggi. Tapi dari mana datangnya hutang sesebuah negara ini?

Sehingga Januari 2018, Amerika Syarikat mempunyai hutang kira-kira USD20 trilion, United Kingdom pula USD2.5 trilion, Jepun sebanyak USD9.5 trillion dan juga China sebanyak USD4.6 trillion. 

Dan dengan hutang yang sebanyak ini, pernah tak anda terfikir dari mana negara-negara ini meminjam duit. Dengan kata lain, siapa yang meminjamkan wang sebanyak ini kepada negara-negara ini jika mereka sendiri dikelilingi hutang?

iluminasi.com ingin berkongsi beberapa sumber yang mana sesebuah kerajaan boleh mendapatkan wang yang menambahkan hutang mereka.

1. Agensi dan anak syarikat kerajaan

kerajaan boleh berhutang dengan agensi sendiri

Ya, sesebuah negara itu boleh meminjam wang daripada institusi kerajaan dan anak syarikat negara itu sendiri. 30% daripada hutang nasional Amerika Syarikat sendiri iaitu sebanyak USD5.6 trillion dipinjam daripada agensi perseketuan sendiri. Dalam kata lain, 30% daripada hutang kerajaan Amerika Syarikat dikunci dalam pegangan kerajaan.

Tapi, pasti ada yang pelik, bagaimana kerajaan boleh hutang dengan institusi sendiri kan? Sebagai contoh, Dana Amanah Keselamatan Sosial Amerika Syarikat memperoleh pendapatan melalui cukai, dan pendapatannya melebihi daripada yang mereka perlukan.

Daripada menyembunyikan semua wang lebihan ini, agensi-agensi seperti ini membeli T-bonds, atau dengan kata lain memberikan pinjam kepada kerajaan. Dengan ini, kerajaan boleh menggunakan wang tersebut, dan agensi tersebut mendapat keuntungan hasil memberi pinjam wang.

Bijak kan?

2. Negara asing

negara asing sumber hutang negara lain

Sebahagian besar hutang sesebuah negara dipegang oleh negara lain. Sebagai contoh, Amerika Syarikat berhutang sebanyak USD1176.6 billion dengan China, USD1084.1 billion dengan Jepun, USD328.7 billion dengan Ireland dan beberapa trilion lagi dengan negara asing lain.

Nilai ini sangatlah tinggi, dan bagaimana negara-negara ini boleh meminjamkan wang kepada Amerika Syarikat? 

Dalam keadaan ini, biasanya hutang dikeluarkan melalui bon atau nota perbendaharaan Amerika Syarikat. Apa yang dilakukan oleh negara-negara asing ini adalah membeli bon perbendaharaan Amerika Syarikat (T-bond).

Bon perbendaharaan ini dikenali sebagai aset cair, yang sedia dijual dan tidak susut nilainya melainkan dalam beberapaa peristiwa tidak dijangka seperti kelembapan ekonomi yang melanda Amerika Syarikat pada tahun 2008.

3. Rakyat

rakyat juga boleh menjadi sumber hutang kerajaan

Walaupun tak berapa senang dengan fakta ini, namun ia benar. Ya, rakyat adalah sumber utama kepada wang kerajaan. Namun rakyat juga boleh menjadi penyumbang dan punca kerajaan berhutang.

Ramai yang ingin memberikan pinjaman kepada kerajaan kerana tahu akan mendapatkan kembali wang tersebut dengan faedah yang sangat lumayan. Terdapat satu terma yang dipanggil "debt mutual fund".

sumber kerajaan sesebuah negara berhutang

Dana seperti ini melabur dalam gabungan hutang atau sekuriti pendapatan tetap, seperti sekuriti kerajaan, bil perbendaharaan, bon korporat dan lain-lain.

Dana ini biasanya mempunyai kadar faedah tetap. Malah sebahagian daripadanyaa dianggap sebagai pelaburan yang selamat kerana melabur dengan kerajaan. Jadi jika anda melabur dalam dana ini, anda sebenarnya memberi hutang kepada kerajaan.

Namun, ini hanyalah ringkasan kepada beberapa sumber utama hutang sesebuah negara. Hakikatnya, hutang sesebuah negara itu sangatlah rumit yang melibatkan beratus-ratus penyumbang.

Rujukan :

1. Treasury

2. Guardian

3. Icici

4. Science

Previous
Next Post »
loading...