loading...

7 Negara Paling Berpendidikan Di dunia

negara paling berpendidikan di dunia

Pendidikan merupakan antara salah perkara terpenting dalam kehidupan manusia. Ia bukan sahaja mampu meningkat taraf kehidupan seseorang individu, tetapi juga sesebuah negara.

Jika sesebuah negara itu melaburkan lebih banyak dana terhadap pendidikan, pasti ia menjanjikan ekonomi yang lebih memberangsangkan. 

iluminasi.com ingin kongsikan 7 negara paling berpendidikan di dunia yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia menerusi Laporan Daya Saing Global tahunan.

7. Norway

norway antara negara paling berpendidikan di dunia

Skor : 5.9

Norway merupakan antara negara yang mengenakan cukai paling tinggi di dunia. Malah, pendapatan yang diperoleh melalui cukai mencecah 45% daripada keluaran dalam negara kasar Norway.

Namun, perolehan daripada cukai ini digunakan dengan baik iaitu dilaburkan dengan banyak sekali kepada sistem pendidikan negara ini. Sebanyak RM54,000 dibelanjakan kepada setiap murid di peringkat sekolah rendah sehingga pelajar universiti setiap tahun.

Pelaburan yang sangat tinggi ini menyumbang kepada rakyat yang berpelajaran.

6. Denmark

denmark antara negara paling berpendidikan di dunia

Skor: 5.9

Sama seperti, Denmark juga merupakan negara yang membelanjakan sebahagian besar kekayaan negara ini kepada pendidikan. Pendidikan menjadi perkara paling penting di Denmark, sehinggakan ia merupakan antara beberapa negara yang menghabiskan wang untuk pendidikan walaupu berhadapan dengan krisis kewangan di antara tahun 2008 dan 2010.

Sebanyak 7.9% daripada keluaran dalam negara kasar Denmark dilaburkan kepada institusi pendidikan.

5. Belgium 

belgium antara negara paling berpendidikan di dunia

Skor: 6.0

Bagi rakyat Belgium, mempunyai pelajaran tinggi sangat berkelebihan. Peratusan pengangguran bagi mereka yang mempunyai pendidikan di tahap kolej dan universiti hanyalah 3%.

Peratusan kadar pengangguran ini adalah lebih rendah daripada purata bagi setiap peringkat pendidikan di mana-mana negara Eropah. Malah, guru merupakan satu kerjaya yang menawarkan gaji yang sangat tinggi. 

Sehingga Februari 2018, gaji bagi seorang guru di sekolah menengah di Belgium adalah RM265,000 setahun, atau RM22,000 sebulan.

4. Switzerland

switzerland antara negara paling berpendidikan di dunia

Skor : 6.0

Di Swizerland, majoriti daripada rakyatnya mempunyai pendidikan menengah penuh, iaitu 86% daripada mereka yang berusia dari 25 tahun hingga 64 tahun. Kerajaan Switzerland juga membelanjakan wang yang sangat tinggi kepada setiap pelajar iaitu purata sebanyak RM67,000 setiap tahun.

Jumlah ini hampir dua kali ganda jika dibandingkan dengan purata perbelanjaan negara Kesatuan Eropah iaitu RM40,600 setahun. Setiap kanak-kanak diwajibkan untuk ke sekolah rendah dan juga percuma di sekolah awam.

3. Belanda

belanda antara negara paling berpendidikan di dunia 404

Skor : 6.1

Banyak bidang pendidikan Belanda berada dalam senarai tertinggi. Malah, 33% daripada rakyat Belanda yang berusia 25 hingga 64 tahun mempunyai ijazah sarjana muda yang mana tersangat tinggi jika dibandingkan dengan negara lain.

Sistem pendidikan Belanda membuatkan pelajar sekolah menengah mereka berhadapan dengan tahap tekanan yang tinggi berbanding negara seperti Korea Selatan dan China. Kanak-kanak di bawah usia 10 tahun pula tidak diberikan kerja rumah kerana beranggapan bermain-main lebih baik daripada mengulangkaji pelajaran.

Selain itu, pihak sekolah rendah juga memberikan nasihat kepada ibu bapa dan murid mengenai pendidikan menengah yang paling sesuai untuk berdasarkan keputusan CITO yang harus diambil oleh setiap pelajar sekolah rendah.

2. Finland

finland antara negara paling berpendidikan di dunia 557

Skor : 6.2

Tahap sistem pendidikan di Finland sememangnya diketahui ramai adalah antara yang paling hebat di dunia. Di Finland, guru-guru dipilih daripada 10% graduan terbaik di negara ini dan harus mempunyai pendidikan tahap ijazah sarjana.

Bukan sahaja program ijazah sarjana muda, malah ijazah sarjana dan kedoktoran juga adalah percuma. Ia dinikmati bukan sahaja oleh rakyat Finland tetapi pelajar asing yang diterima masuk. Dengan ini, graduan tidak dibelenggu hutang yang tinggi. 

Profesion guru merupakan yang paling dihormati di negara ini dan sukar untuk diterima masuk. Hanya 1 daripada 10 pelajar yang memohon masuk ke program pendidikan perguruan diterima.

Guru dilayan seperti seorang profesor di universiti dan mengajar dalam tempoh yang lebih singkat dengan masa yang lebih lama diperuntukkan dalam perancangan pembelajaran. Purata gaji seorang guru adalah sebanyak RM168,000 setahun atau RM14,000 sebulan.

1. Singapura

singapura adalah negara paling berpendidikan di dunia

Skor : 6.3

Dan negara yang paling berpelajaran di dunia ketika ini tak lain tak bukan jiran kita sendiri iaitu Singapura. Sistem pendidikan Singapura adalah yang paling dihormati di dunia walaupun juga terkenal sebagai "pressure cooker" disebabkan oleh ketegasan dan intensiti.

Perbandingan kebolehan matematik dan sains sekolah di dunia sentiasa dipelopori oleh sistem sekolah Singapura membuatkan mereka dipandang tinggi. Sistem pendidikan Singapura melahirkan rakyat yang berpelajaran seterusnya membantu menjadikan ekonomi negara ini yang terbaik di dunia.

Disebabkan Singapura merupakan sebuah negara yang mempunyai sumber alam yang terhad, kerajaan negara ini mengganggap rakyatnya sebagai aset ekonomi dan melaburkan segala-galanya terhadap mereka.

Rujukan :

1. Nordic

2. OECD

3. CNN

4. Business Insider

Previous
Next Post »
loading...