loading...

“Saya mau balas dendam, sebab dia tikam saya dalam mimpi”

Edem Okon 53 tahun mempunyai dua orang anak lelaki. Tetapi atas sebab-sebab tertentu anak-anak tidak tinggal bersamanya. Sebaliknya mereka tinggal di sebuah pusat rehabilitasi khas anak yatim.

Pada suatu hari Okon datang ke pusat fasiliti melawat anak-anaknya. Dia berhajat untuk membawa mereka berjalan-jalan. Sebagai ganjaran, dia berjanji untuk membelikan mereka gula-gula semasa berada di luar.

Tetapi Sam Itauma iaitu ketua di pusat rehabilitasi tersebut tidak membenarkan Okon membawa anaknya bersiar-siar apabila melihat tingkahlakunya yang pelik dan mencurigakan.

Larangan itu membuat Okon berang. Tiba-tiba saja dia menyergah salah seorang anaknya yang bernama Elijah 6 tahun.

Dia meminta supaya Elijah tidak lagi datang ke dalam mimpinya. Menurutnya Elijah masuk ke dalam mimpi lalu menikamnya sehingga mati!

Okon benar-benar marah dan tidak dapat menerima perbuatan Elijah menikamnya di dalam mimpi. Tikaman itu masih membekas di dalam hati dan perasaannya!

Elijah yang masih kecil sekadar terkebil-kebil melihat kelakuan pelik ayahnya. Dia tidak faham apa kesalahan yang dilakukannya sehingga ayahnya berang kepadanya.

Selepas itu, Okon mengeluarkan sebungkus roti cincang dari dalam beg yang dibawanya dari rumah. Dia menyuruh Elijah memakannya.

Sam Itauma yang berada tidak jauh dari situ merasa sangsi. Dia segera merampas roti dari tangan Elijah. Apabila diperiksa ternyata roti itu sudah dicampur racun tikus!

Wah! Nampaknya amarah Okon bukan main-main! Dia cuba membalas dendam terhadap perbuatan anaknya di dalam mimpi! Dia tidak dapat menerima hakikat ditikam mati oleh darah daging sendiri di dalam mimpi. Hutang darah harus dibayar darah… walaupun anak sendiri!

Tetapi niatnya tidak tercapai apabila tindakan pantas dan prihatin Sam Itauma berjaya mematahkan rancangannya. Sebaliknya Okon meringkuk di dalam penjara menunggu perbicaraan atas kesalahan cuba membunuh dengan niat.

Previous
Next Post »
loading...