loading...

“5 Tahun kami bercinta, tapi dia nikah jantan lain yang baru kenal 3 hari”

Jodoh itu rahsia Tuhan. Kita cuma mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Inilah yang berlaku terhadap seorang jejaka ganteng dari seberang. Sejak di bangku sekolah menengah, dia sudah berhubungan cinta dengan seorang rakan sekelasnya.

Selama 5 tahun menjalin hubungan, tidak pernah berlaku sebarang masalah. Malah mereka sudah berjanji setia untuk sehidup semati. Sang jejaka berhasrat untuk menikahi kekasihnya.

Bagi membuktikan kesungguhannya, dia nekad ke Korea Selatan selama 2 tahun untuk mencari rezeki mengumpul dana pernikahan dan biaya rumahtangga mereka kelak.

TAPI keadaan tidak selalunya seperti yang dijangka. Selepas dua tahun berhempas pulas membanting tulang di rantau orang, dia pulang ke Indonesia dan menerima khabar duka. Ternyata sang kekasih yang berjanji untuk menunggu kepulangannya telah menikah dengan seorang jejaka lain.

Lebih menyakitkan hati, mereka baru saja berkenalan selama 3 hari! Ya! Cuma 3 hari dan hatinya berubah mengkhianati cinta mereka. Perkenalan 3 hari ini telah meruntuhkan cinta yang mereka bina selama 5 tahun. DAN yang lebih perit, dalam 3 hari dia telah menjadi milik orang lain – isteri lelaki lain!

Oleh itu, buat mereka yang sedang bercinta, kalau berkemampuan segeralah menikah. Jangan ditangguh perkara yang baik. Takut nanti jatuh ke tangan orang lain. 😀 😀

Previous
Next Post »
loading...