loading...

Restoran Baru McDonald’s Kini Ada Surau

restoran baru mcdonald s kini ada surau

Sumber foto: Mynewshub

Rangkaian makanan segera terkenal, McDonald’s Malaysia sedang mengatur bagi menawarkan fasiliti surau di seluruh restoran baru yang akan beroperasi dan melalui proses pengubahsuaian.

Menurut Mohd. Fairul Maan selaku pengarah operasi, reka bentuk restoran itu bakal dipadankan dengan fasiliti tersebut demi melengkapkan keperluan para pelanggan beragama Islam khususnya yang sudah berkeluarga.

Sehingga kini, sekitar 15 restoran McDonald’s di seluruh negara telah diubahsuai dan disediakan kemudahan lebih selesa, termasuk di cawangan pandu lalu Kuala Terengganu. 

"Bagi tahun ini, kita merancang untuk mengubahsuai 20 lagi restoran dengan mengambil kira model surau di samping pelbagai kemudahan lain yang dilengkapi teknologi canggih termasuk kios pesanan layan diri dan lain-lain lagi," jelasnya.

Beliau ditemui selepas majlis pembukaan rasmi wajah baru cawangan pandu lalu McDonald's di Kuala Terengganu semalam.

Turut hadir ialah Pengurus Operasi McDonald's Malaysia Pantai Timur, Safna Sepian dan Pengurus Besar Restoran McDonald's Kuala Terengganu, Wan Muhairyzal Wan Muda.

McDonald’s Malaysia mempunyai 265 buah restoran di seluruh negara dengan anggaran jumlah pekerja seramai 15,000 orang.

Dalam pada itu, Mohd. Fairul mene­tapkan matlamat peningkatan jualan antara 15 peratus hingga 20 peratus untuk restoran pandu lalu McDonald's di Kuala Terengganu dengan wajah baru dan fasiliti yang ditawarkan.

Sebelum ini, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Ronald McDonald (RMHC) memberi bantuan berjumlah RM3,000 kepada Asrama Pratahfiz Perkaya.

Sumber berita: Utusan Online

Previous
Next Post »
loading...