loading...

Rapid KL Lanjutkan Tempoh Perkhidmatan di Stesen LRT Gombak Sempena Thaipusam

rapid kl lanjutkan tempoh perkhidmatan di stesen lrt gombak sempena thaipusam

Sumber foto: The Star Online

Rapid KL bakal memanjangkan tempoh perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di stesen Gombak dan menawarkan perkhidmatan khas bas ulang-alik, menjelang perayaan Thaipusam pagi ini.

Menerusi sebuah kenyataan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kelmarin, stesen LRT Gombak yang menawarkan perkhidmatan tren menerusi jajaran LRT Kelana Jaya bakal beroperasi sehingga pukul 2 pagi esok (Khamis).

Jelasnya, perkhidmatan khas bas pula bakal beroperasi antara Batu Caves dan stesen LRT Gombak.

"Stesen monerel, Mass Rapid Transit (MRT) dan LRT yang lain akan beroperasi mengikut jadual biasa.

"Perubahan masa di LRT Gombak membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan terbabit sehingga jam 2 pagi dan keluar di mana-mana stesen LRT dan MRT.

"Kekerapan tren bergerak dari stesen Gombak adalah setiap 30 minit selepas perkhidmatan tren mengikut jadual biasa tamat.

"Tempoh perkhidmatan tren di Ampang/laluan Sri Petaling dan MRT Sungai Buloh juga akan dilanjutkan untuk menampung perjalanan pengguna yang meningkat pada lewat malam.

"Perkhidmatan tren terbabit yang terakhir akan beroperasi dari Gombak di stesen integrasi Masjid Jamek dan Pasar Seni. Perkhidmatan tren itu beroperasi dengan kekerapan setiap 30 minit," ujarnya.

Dalam pada itu, perkhidmatan bas ulang-alik khas antara Batus Caves dan stesen LRT Gombak telah mula beroperasi semalam.

Perkhidmatan bas bermula dari pukul 4.30 petang, dengan kekerapan bas antara 10 hingga 15 minit dan tamat pada pukul 11 malam pada hari ini.

Tambang yang dikenakan adalah sebanyak RM2 bagi setiap perjalanan.

Menerusi perkembangan sama, Prasarana memberitahu pengguna LRT dinasihatkan untuk memakai kad MyRapid Touch 'n Go (TnG) dan memarkir kereta di tempat fasiliti Park n Ride di sepanjang laluan LRT dan MRT bagi melancarkan perjalanan.

Jelasnya lagi, perkhidmatan bas Rapid KL bakal beroperasi dengan kekerapan setiap 30 minit bersandarkan pada keadaan trafik.

"Tambang bas berkenaan juga adalah RM2. Kita juga ingin memberi peringatan kepada pengguna untuk peka terhadap perubahan perkhidmatan bas di sekitar Batu Caves dan Gombak berikutan terdapat beberapa jalan ditutup oleh pihak berkuasa," ujarnya.

Untuk informasi secara terperinci, sila layari laman web www.myrapid.com.my.

Sumber berita: BH Online

Previous
Next Post »
loading...