loading...

Neelofa Naik Angin

neelofa naik angin 1

Neelofa melahirkan rasa berang dengan tindakan seorang lelaki menampar seorang wanita di khalayak ramai hanya kerana tidak bertudung.

Dikatakan, kejadian berlaku di sebuah perhentian bas di negeri Pulau Pinang.

Tidak hanya itu, lelaki tersebut mendapat kecaman hebat sejak rakaman itu meraih perhatian media antarabangsa.

“Adakah ini caranya kita mahu Islam dan Malaysia dilihat oleh orang luar? Lelaki sepatutnya melindungi wanita, bukan menggunakan cara kekerasan,” tulis Neelofa dalam luahan di laman Instagram.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap layanan segelintir pihak terhadap wanita bertudung.

Bagaimanapun, ada pengikutnya tampil mendedahkan lelaki tersebut sebenarnya mempunyai masalah mental.

"Siasat dulu sebelum komen macam-macam. Kan dah ada bagi tahu tu. Orang tu tak betul," jelas seorang netizen. 

Difahamkan, tiada maklumat penuh tentang lokasi dan waktu sebenar insiden melibatkan wanita dipercayai warga asing itu.

neelofa naik angin 2

Kredit foto: Instagram Neelofa
Sumber berita: Sinar Harian 
Previous
Next Post »
loading...