loading...

Lagi Pendedahan Ben Ali Tentang Mesej Whatsapp Pelik Farid Kamil

lagi pendedahan ben ali tentang mesej whatsapp farid kamil

Kredit foto: Facebook Ben Ali & Instagram Farid Kamil

Menerusi temubual bersama Sinar Harian, aktor Ben Ali menayangkan kepada wartawan, mesej Whatsapp yang dihantar oleh Datuk Farid Kamil kepadanya sebelum kes kekecohan di balai polis berlaku.

Ben berkata, dia enggan mendedahkan keseluruhan isi kandungan perbualan itu kepada umum demi menghormati privasi Farid dan keluarganya.

Menurutnya lagi, perbualan yang pada awalnya berjalan dengan normal, akhirnya bertukar pelik kerana kata-kata Farid tidak menggambarkan dirinya sebagaimana yang dikenali Ben.

Untuk langkah selamat, Ben mengendahkan kiriman mesej berkenaan apabila menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan pelakon tersebut.

"Cukuplah jika saya katakan yang perbualan kami menerusi Whatsapp sebelum kejadian tersebut berlaku pada mulanya okay tetapi lama kelamaan saya dapati macam ada sesuatu yang pelik dan janggal.

"Bukan seperti Farid Kamil yang saya kenali. Jadi saya ambil langkah untuk tidak membalas dan hanya berdiam diri.

"Sehinggalah dia menghantar voice note meminta tolong, saya dah rasa semakin pelik. Kemudian dia juga menghantar lokasi di mana dia berada ketika itu iaitu di balai polis.

"Terus saya ke balai polis tersebut namun tidak dapat berjumpa Farid kerana dia sudah dibawa ke balai polis yang lain," katanya menurut portal Sinar Harian.

Ben menyatakan kekesalannya kerana tidak dapat bersama Farid ketika rakannya itu memerlukan bantuan.

"Saya dengan Farid bukan rapat sangat. Kami berwhatsapp bermula hujung bulan 12 lalu disebabkan saya undang dia untuk menghadiri satu program yang syarikat saya anjurkan.

"Dari situ kami sering berbual tentang program tersebut. Jadi bila dapat Whatsapp yang bukan daripada kebiasaan kami, saya tak berani untuk masuk campur," katanya.

Ben menegaskan tujuan dia mengutarakan kisah itu di laman Facebook sebelum ini kerana ingin berkongsi maklumat yang diketahuinya untuk tindakan susulan.

"Setakat ini saya membantu dari segi memperkenalkan khidmat guaman kepada Farid. Selebihnya selepas lepas daripada tahan reman saya tidak menghubungi beliau lagi kerana ingin beri ruang kepadanya dan keluarga untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.

Sumber berita: Sinar Harian 
Previous
Next Post »
loading...