loading...

Kembara Masa (Time Travel): Mengarut Atau Realiti Yang Belum Tercapai?

kembara masa time travel mengarut atau realiti yang belum tercapai

Sumber Foto: the-3rd.net

Penulis gemar menonton kisah Doraemon semasa kecil. Kadang kala, penulis tertanya-tanya apakah kemungkinan untuk kembali ke masa lampau menggunakan mesin masa seperti yang dilakukan oleh Doraemon, Nobita dan rakan-rakan?

Malah, penulis teringin untuk kembara ke masa depan untuk melihat apakah keputusan PRU ke-14? Adakah berlaku pertukaran kerajaan atau tidak. Mungkin suatu hari nanti sains dan teknologi bakal mengubah semua ini. 

Sifat Masa

time travel kembara masa sifat masa

Sumber Foto: youtube.com

Anda sentiasa mengembara ke masa hadapan. Itulah sifat ruang dan masa. Ini adalah sebab mengapa anda selalu ingat masa yang telah berlalu berbanding masa depan.

Masa depan tidak boleh diramal, kerana ia belum berlaku, namun anda sentiasa bergerak ke masa depan pada setiap masa. 

Sekiranya anda mahu mempercepatkan proses masa, ingin melihat lebih jauh ke masa depan, atau ingin merasai kejadian lebih awal berbanding mereka yang berada di sekeliling anda, bagaimana untuk mencapainya?

Ini mungkin soalan yang selalu bermain di minda anda. Buat masa ini, adalah mustahil untuk manusia membina mesin masa.

Kembara Ke Masa Depan

kembara ke masa depan back to the future

Anda mungkin tidak tahu bahawa adalah tidak mustahil untuk mempercepatkan perjalanan masa. Tetapi, ianya hanya boleh berlaku dengan kecepatan masa yang sangat sedikit. 

Buat masa ini, tidak ramai yang mempunyai pengalaman seperti ini, kecuali angkasawan yang pernah mengembara di luar permukaan Bumi ke angkasa. 

Adakah manusia mampu mencapai tempoh kecepatan perjalanan masa yang lebih lama? Yakni, mengembara ke masa depan yang lebih jauh?

Dari segi teori, ianya adalah tidak mustahil. Menurut teori Einstein iaitu special relativity, perjalanan masa adalah relatif kepada kelajuan sesuatu objek.

Semakin laju sesuatu objek bergerak melalui ruang masa, semakin perlahan masa berlalu berbanding objek lain yang bergerak pada kadar yang lebih perlahan. 

Satu contoh klasik mengenai kembara ke masa depan adalah paradoks kembar. Ambil sepasang kembar, Alif dan Sajat, masing-masing berumur 20 tahun. Kedua-duanya berasal dari Bumi. 

Pada suatu hari, Alif berlepas ke angkasa untuk perjalanan selama 5 tahun, dan kapal angkasa bergerak pada kelajuan hampir kelajuan cahaya. 

Apabila tamat perjalanan selama 5 tahun, usia Alif ketika pulang ke Bumi adalah 25 tahun. Walaubagaimanapun, Sajat yang menetap di Bumi pula sudah berumur 95 tahun. 

Alif hanya mengalami perubahan masa selama 5 tahun, namun beliau pulang ke Bumi yang masanya sudah berlalu selama 75 tahun.

Jadi, boleh dikatakan bahawa Alif sudah berjaya mengembara ke masa depan. Semuanya adalah relatif. 

Menggunakan Graviti Untuk Kembara Masa

menggunakan graviti untuk kembara masa time travel

Sumber Foto: factschronicle.com

Bergerak pada kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan cahaya boleh melambatkan pergerakan masa yang dirasakan seseorang. Medan graviti yang sangat kuat berupaya mempunyai kesan yang sama. 

Graviti bukan sahaja memberi kesan kepada pergerakan ruang, ia juga memberi kesan kepada aliran masa. Masa berlalu lebih perlahan bagi seseorang pemerhati yang berada di dalam objek yang kuat gravitinya. 

Semakin kuat graviti, semakin tinggi kesannya kepada aliran masa. 

Angkasawan di International Space Station (ISS) merasai pengalaman kombinasi kesan-kesan ini, walaupun pada kadar yang lebih rendah. 

Memandangkan mereka bergerak pada kelajuan yang agak pantas mengelilingi Bumi (suatu objek besar dengan graviti yang kuat), masa berlalu lebih perlahan bagi mereka berbanding manusia lain di Bumi. 

Perbezaan masa antara angkasawan di ISS dan manusia di Bumi adalah kurang dari sesaat selama tempoh mereka di angkasa. Namun, ianya tetap suatu perbezaan, dan boleh dikira. 

Apakah Kemungkinan Untuk Manusia Kembara Ke Masa Depan?

bergerak pada kelajuan cahaya untuk ke masa depan

Sumber Foto: scienceabc.com

Sekiranya kita mampu mencipta suatu kenderaan atau alat atau suatu cara untuk bergerak pada kelajuan cahaya, berkemungkinan besar kita boleh mengembara ke masa depan. 

Apakah Kemungkinan Untuk Manusia Kembara Ke Masa Lalu?

Tidak seperti kembara ke masa depan, kembara ke masa lalu adalah sesuatu yang mustahil. Bayangkan sekiranya ianya boleh dilakukan, pasti akan memberi kesan yang pelik kepada masa semasa. 

Cuba pertimbangkan paradoks popular ini iaitu 'kembali ke masa lalu dan bunuh datuk anda'. Sekiranya anda berjaya melakukannya, bagaimana pula dengan kewujudan anda?

Darah datuk anda mengalir dalam darah anda. Jadi, sekiranya anda tidak wujud, bagaimana anda boleh pulang ke masa lampau untuk membunuh datuk anda?

Sangat membingungkan, kan?

Rujukan:

  1. physics.org
  2. thoughtco.com
Previous
Next Post »
loading...