loading...

Fathia Latiff Bengang Lelaki Hantar Gambar Kemaluan

Seperti yang kita tahu Fathia Latiff amat aktif di laman sosial terutama Twitter, terbaru Fathia meluahkan rasa bengang terhadap lelaki berstatus suami orang yang sering menghantar gambar kemaluan kepadanya.

BACA: Fathia Latiff Mohon Maaf Pada Iqram Dinzly

Dalam kenyataan itu, Fathia meminta lelaki yang bergelar suami orang berhenti menghantar gambar lucah kepadanya dan menjaga isteri masing-masing di rumah. Agaknya terlalu banyak gambar lucah yang diterima Fathia, sampai mahu lempang individu terbabit.

Turut menarik perhatian, aksi Fathia berbalas komen dengan peminat mengenai tweet dirinya yang cantik dan bijak. Rata-rata komen mengatakan wanita itu mempunyai akal tapi jarang menggunakannya dengan bijak menyebabkan Fathia berbalas komen.

Ada juga yang sempat membetulkan tatabahasa bahasa Inggeris yang digunakan Fathia dek kerana kenyataannya yang mengatakan dirinya ‘bijak’. Mungkin Fathia kesunyian sebab itulah beliau cuba mencari ‘kawan’ di laman sosial dengan cara begini. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...