loading...

Tahniah, Zizie Ezette Selamat Lahir Anak Kembar Lelaki!

SEKALUNG tahniah diucapkan buat pelakon, Datin Seri Zizie Ezette dan suami, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin yang baru sahaja menimang sepasang cahaya mata lelaki, semalam.

Zizie atau nama sebenarnya, Zizie Izette Abdul Samad selamat melahirkan sepasang bayi itu sekitar jam 5.48 pagi dan 5.50 pagi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Pasangan ini melahirkan rasa bersyukur di atas kelahiran cahaya mata hasil perkahwinan mereka itu  menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagram masing-masing.

Menurut Zizie, sepasang bayi lelaki yang seberat 2.74 kilogram dan 2.78 kilogram masing-masing itu selamat dilahirkan dalam keadaan kesihatan yang sangat baik.

Dalam pada itu, Zizie juga dilihat sempat merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan buat anak dan juga dirinya.

A birthday mommy with her two little precious EARLY birthday gifts!! Mommy expected them to arrive today but they came by surprise via emergency C Section yesterday, Friday 29th of December at 5:48am & 5:50am, weighing 2.74 (baby boy1) and 2.78 (baby boy2).

Alhamdulillah, both are healthy babies. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yg telah mendoakan saya,” katanya memetik perkongsian di Instagram.

Pada masa sama, suaminya turut meluahkan syukur kerana segalanya berjalan lancar dan menyambut baik kehadiran pasangan cilik itu yang semestinya bakal menyerikan lagi rumah tangga mereka.

“Alhamdulillah keluarga ini telah dianugerahi Allah tambahan dua orang putra, semoga kehadiran orang baru dalam keluarga ini, in shaa Allah pasti akan membawa kebahagiaan kepada kami semua, kami sentiasa berdoa semoga semua dalam keluarga ini akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah hendaknya,” ujarnya.

Perkongsian tersebut dilihat menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-rata tidak henti-henti membanjiri ruangan komen pasangan ini dengan ucapan tahniah.

Sekali lagi tahniah, Mynewshub ucapkan buat pasangan ini. Kami mendoakan semoga kehadiran bayi itu membawa kebahagiaan di setiap langkah hidup. Insha-Allah. – MYNEWSHUB.CC/AM

Previous
Next Post »
loading...