loading...

Peminat Maya Karin Bergaduh Gara-Gara ‘Babi’

Segelintir masyarakat Melayu sangat mudah melepaskan kata-kata lebih laju dari otak berfikir. Lebih-lebih lagi di zaman sosial media ini, jari pun pantas meninggalkan komen tanpa berfikir panjang.

BACA: Maya Karin Akui Bosan Dengan Dunia Glamor

Baru-baru ini, pelakon Maya Karin telah memuatnaik sekeping gambar dipercayai angsa malah jelas sekali haiwan yang bakal dipanggang itu berkepak.

Namun masih wujud manusia yang terus menyatakan bahawa haiwan tersebut adalah babi. Genius. Akibatnya, ruang komen laman Instagram Maya Karin dikerumuni orang ramai dan menjadi medan perbalahan.

Pelbagai komen sindir menyindir ditinggalkan bagi mengecam tindakan individu yang menyatakan hidangan tersebut adalah babi.

Walaubagaimanapun, inilah Malaysia dan jika anda juga masih tidak puas hati dengan gambar tersebut, bolehlah berjemaah di hari Jumaat ini untuk sama-sama menyertai komen kecam-mengecam di laman sosial tersebut. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...