loading...

Kisah Mahathir Selamba Gadai Johor Kepada Singapura

SELAIN isu tanah Felda di ibu negara konon cuba digadai yang akhirnya terbukti si pemaju itu ada kaitan dengan tokoh pembangkang sendiri, mereka alih pula kepada Tun Razak Exchange (TRX).

Ini termasuk membuat tohmahan jahat konon status tanah dalam lingkungan TRX itu sudah tergadai kepada negara asing walhal dakwaan itu tidak benar kerana dibangunkan atas tanah milik penuh negara Malaysia yang berdaulat.

Hanya kerana banyak syarikat luar negara melabur di atas tanah seluas 70 ekar tersebut tidak bermaksud ia sudah pun menjadi milik asing. Jangan samakan kes itu dengan tanah yang telah digadai oleh Tun Mahathir Mohamad.

Beliau pada 24 November 1990 pernah memeterai perjanjian untuk membenarkan Singapura bebas mengambil alih tanah di Johor seluas 54,000 ekar (216 kilmeter persegi) untuk membina empangan di Sungai Linggiu, Kota Tinggi.

Ia didedahkan secara eksklusif oleh penganalisis politik tempatan Lim Sian See baru-baru ini, sekali gus bongkar cerita rahsia kenapa Sultan Johor dahulu, almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail amat murka terhadap Mahathir.

Dalam pendedahan itu, Singapura hanya perlu bayar RM320 juta ganti rugi kerana kos kerugian kekal penggunaan tanah oleh Johor, premium tanah RM388 juta dan sewa tahunan serendah RM30 untuk setiap 1,000 kaki persegi.

Di bawah perjanjian pelik tapi benar ini, republik itu turut dibenarkan untuk ambil air mentah tanpa had dari sungai berkenaan yang merupakan anak Sungai Johor mengalir dari Gunung Gemuruh ke Selat Johor sejauh 123 kilometer.

Kalau dibuat perbandingan antara 54,000 ekar yang diserah Mahathir kepada Singapura, dengan Menara Exchange setinggi 106 tingkat yang dibina hasil pelaburan anak syarikat Mulia Group dari Indonesia, ia kecil sangat bezanya.

Tanah 54,000 ekar itu sudah digadai menjadi hak milik kekal sebuah kerajaan asing walhal pemilikan tanah di TRX berkenaan iaitu tempat menara ikonik tersebut, langsung tidak pernah berubah, ia masih sah kepunyaan Malaysia.

Tuduhan jahat Pakatan Harapan dan penyokong mereka konon tanah di TRX sudah dimiliki oleh pihak asing ini sebenarnya hanyalah bersifat politik semata-mata sama seperti kes tanah Felda di Jalan Semarak baru-baru ini.

Baca: Rakyat Kini Sudah Tidak Lagi Rindu Zaman Mahathir  – PM

Juga: Surat Buat 3 PM Israel Bukti Mahathir Bukan Anti-Yahudi

Serta: Brunei Nafi Sultan Hassanal Bolkiah Sokong Mahathir

Jika kita semua masih ingat, pada peringkat awal dahulu blok pakatan itu juga menuduh tanah TRX gagal mendapat sambutan pelabur asing dan pembangunan yang dijalankan di atas tanah tersebut hanyalah khayalan semata-mata.

Sekarang apabila terbukti pembangunan tanah itu bukanlah fantasi tetapi memang benar-benar berlaku termasuk pembinaan menara mengatasi ketinggian menara berkembar kebanggaan si Mahathir, pembangkang mula panik!

Pakatan dilaporkan terpaksa ubah ‘tiang pintu gol mereka’ agar gawang tidak dibolos. Jelaslah, semua dakwaan konon kerajaan gadai tanah kepada pihak asing seperti didakwa berlaku di TRX, hanya untuk alih perhatian rakyat.

Generasi muda hari ini khususnya yang lahir selepas tahun 1990 tentu tidak pernah tahu mengenai tindakan licik Mahathir selamba sahaja menggadai beribu-ribu ekar tanah Johor kepada Singapura hampir tiga dekad dahulu.

Pakatan tahu lambat-laun cerita ini akan terdedah dan mereka melakukan apa dikenali sebagai teknik pre-emptive strike dengan buat pelbagai dakwaan tidak berasas seperti ini untuk cipta persepsi salah dalam kalangan rakyat.

Ia demi melindungi imej Mahathir yang pernah pembangkang hina dengan gelaran diktator Maha Firaun. Tidak hairan kenapa bukan sahaja tanah di TRX, malah Forest City Johor turut menjadi sasaran dan mangsa tohmahan.

Maklumlah ‘bangkai’ hendak ditutup ini bukan kecil, tetapi 54,000 ekar luasnya bersamaan 16 kali saiz Forest City, 88 kali ganda Melaka Gateway dan 7 kali Taman Industri Malaysia-China di Kuantan yang kesemua milik Malaysia.

Apatah lagi penggadaian tanah ini turut melibatkan ‘orang kanan’ Mahathir sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Besar Johor sehingga diarahkan Sultan Iskandar berundur ‘pindah’ ke kerusi Parlimen Pagoh.

Presiden PPBM itu sebelum ini dengan bangga pernah mendakwa, sepanjang beliau menjadi ketua kerajaan negeri tersebut hampir sedekad lamanya, konon tidak ada seinci pun tanah di Johor yang digadai kepada pihak asing.

Benarlah apa yang Muhyiddin cakap itu, bukan seinci cuma 54,000 ekar! Memang patutlah beliau tidak dinamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Previous
Next Post »
loading...