loading...

Jihan Muse, Suami Umum Bakal Timang Bayi Lelaki

Bakal bersalin tidak lama lagi, semalam dalam sebuah majlis yang cukup meriah, Jihan Muse dan suami Ungku Hariz telah mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki. Berita itu turut dimaklumkan secara terus oleh doktor sakit puan mereka sendiri menerusi aplikasi ‘facetime’ semalam.

BACA: Jihan Muse Kini Hamil 4 Bulan

“Saya dijangka bersalin awal Januari tapi takut bersalin awal pula. Sebab perut saya sudah besar. Pada awalnya saya tak nak tahu apa jantina bayi sebab tak nak kecewa. Bila dah tahu lelaki kang tiba-tiba keluar perempuan”

“Lagipun, saya suka kejutan. Tapi bila nak buat persiapan dan beli barang, hujung-hujung ni kenalah tahu juga,” katanya kepada m Star Online mengenai jantina kandungannya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Selain itu, Jihan juga ada memberitahu bahawa dirinya juga mungkin akan bersalin awal walaupun dijangka bersalin pada Januari kerana keadaan perutnya yang terlalu besar. Majlis yang bertemakan ‘bohemian’ itu turut dihadiri beberapa rakan artis lain. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...