loading...

Ibu Nafi Iqram Dinzly Tak Siuman, Sesat

Berterusan dikritik hingga ada mendakwa anaknya, Iqram Dinzly tidak waras, ibu, Lalitol Akmar menyedari perkara itu dan menafikan segala tuduhan termasuk dakwaan mengatakan anaknya sesat. Jelasnya, Iqram sihat sahaja dan berkelakuan seperti biasa ketika di rumah.

BACA: Erma Fatima Tak Percaya Iqram Dinzly ‘Sakit’

“Saya sedar cemuhan yang dilemparkan terhadap Iqram, namun saya tidak hirau apa yang mereka katakan kerana dia berkeadaan biasa sahaja di rumah. Biarlah apa orang nak cakap, tidak mampu menutup mulut mereka”

“Sebagai ibu, auntie ada tegur mana yang perlu namun Iqram menjelaskan dia tahu apa yang dilakukannya,” jelasnya kepada m Star Online mengenai kecaman orang tentang kelakuan anaknya yang pelik.

Kelakuan Iqram menjadi perhatian ramai apabila beliau beraksi lucah, menari, bermain senjata tajam dan macam-macam lagi ketika live video di Instagram. Hal itu turut menarik perhatian beberapa rakan artis dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


Kalau ibu sendiri sudah memastikan anaknya dalam keadaan sihat sahaja, tetapi masih berkelakuan pelik di live Instagram, adakah benar Iqram sengaja mengaibkan diri demi mencari perhatian orang ramai? (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...