loading...

Hafiz Suip Dapat Anak Sulung

hafiz suip kini bergelar bapa

Kredit foto: Instagram Hafiz Suip

Penyanyi Hafiz Suip kini bergelar bapa selepas isterinya, Nureffy Jesreel Abdullah, 24, selamat melahirkan bayi lelaki dalam lingkungan jam 8 pagi semalam.

Hafiz atau nama penuhnya Mohd Hafiz Mohd Suip, berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram dengan memuat naik foto yang memperlihatkan kaki kanan anaknya.

Kata Hafiz, 27, beliau bersyukur kepada Tuhan kerana kurniaan cahaya mata sulung itu yang dianggap sebagai hadiah untuk pembukaan tahun baru.

“Assalamualaikum semua, pertama sekali saya bersyukur ke-hadrat Ilahi di atas kurniaNya, cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.

"Jutaan terima kasih kepada isteri untuk momen yang paling indah dan hadiah istimewa tahun ini. Tidak dilupakan buat keluarga serta rakan-rakan yang banyak memberi sokongan termasuk doktor dan kakak-kakak jururawat yang memberikan khidmat terbaik menyambut kelahiran anak sulung saya," kata Hafiz dalam kenyataan di laman sosial Instagram.

Perkongsian itu sehingga kini meraih lebih 25,000 tanda 'like', bersama hampir 600 komen netizen yang mengucapkan tahniah.

Terdahulu, Hafiz menerusi temubual bersama portal Harian Metro memberitahu bakal menamakan anaknya 'Mohamad Riyadh' yang membawa maksud taman bunga yang makmur.

"Saya memilih nama ini kerana ia bermaksud taman bunga yang makmur. Saya juga bercadang untuk membuka akaun Instagram peribadi untuknya nanti," katanya.

Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dalam majlis yang berlangsung di kediaman isterinya di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

Sumber berita: Harian Metro
Previous
Next Post »
loading...