loading...

Fathia Latiff Merajuk Bawa Diri Ke Los Angeles?

Dengan pelbagai kontroversi mengaitkan namanya, pasti tahun 2017 memberikan kesan yang agak mendalam bagi Fathia Latiff. Mahu mulakan tahun baru dengan semangat baru, Fathia memberitahu bakal berangkat ke Los Angeles pada awal Januari depan bagi merehatkan fikiran.

BACA: Fathia Latiff Akui Tiada Tawaran Berlakon

“Saya selalu berfikiran positif dan segala kontroversi yang berlaku tidak pernah melemahkan semangat saya. Benar ada perkara timbul disebabkan diri sendiri tetapi saya belajar daripada kesilapan berlaku”

“Saya membuat keputusan menetap beberapa bulan di Los Angeles kerana ingin mendapatkan perspektif baru dalam hidup. Saya juga tidak menetapkan duduk berapa lama di sana. Saya mungkin mengubah fikiran dan hanya tinggal sebentar dan pulang kembali ke tanah air”

Menurut Fathia, beliau sentiasa berfikiran positif tentang segala kontroversi yang tercetus sepanjang tahun ini, malah pemergiannya bukanlah kerana merajuk tetapi ingin lakukan apa yang diingininya selama ini.


“Sekarang ini saya mahu melakukan apa yang saya mahu lakukan. Kebetulan saya tidak mempunyai apa-apa komitmen buat masa terdekat ini yang menyebabkan saya boleh saja pergi bercuti selama mana saya mahu,” katanya kepada Harian Metro. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...