loading...

Bagaimana Saya Berubah Menjadi Seorang Pelukis Professional Dalam Tempoh 10 Tahun

bagaimana saya berubah menjadi seorang pelukis professional dalam tempoh 10 tahun 49085

Saya bernasib baik diberikan kesempatan untuk menjadikan hobi saya sebagai satu kerjaya. Entah bagaimana dalam tempoh beberapa tahun lepas, saya berjaya menjadikan hobi saya sebagai kerjaya dan seterusnya menjadi sebahagian besar hidup saya.

Apa yang saya ingin kongsikan harapnya dapat memberikan keberanian kepada mana-mana individu lain yang berminat hendak menjadi pelukis, untuk mencubanya secara bersungguh-sungguh.

Saya tidak mahu menjadi seorang pelukis.

bagaimana saya berubah menjadi seorang pelukis professional dalam tempoh 10 tahun 49067

Saya mahu buat permainan video. Saya belajar pengaturcaraan di kolej komuniti semasa berumur 14 tahun. Saya melukis hanya sebagai hobi sampingan. Kebanyakan lukisan saya ketika itu adalah lukisan piksel - kerana saya berazam mahu menggunakannya ke dalam permainan video yang saya cipta.

Secara suka-suka, saya mengambil juga kelas melukis di kolej komuniti. Kemudian saya belajar mewarna.

bagaimana saya berubah menjadi seorang pelukis professional dalam tempoh 10 tahun 49096

Pada tahun 2006, beberapa bulan sebelum hari lahir ke 18, saya mengambil keputusan untuk betul-betul memilih apa yang perlu saya lakukan dalam hidup. Dalam seminggu saya habiskan membuat senarai baik buruk karier yang saya pilih. Berjalan. Berfikir. Sehinggalah saya berjaya menyenaraikan beberapa pilihan.

Pengaturcara, kerana itu bidang pilihan saya dan kemahiran asas yang saya ada. Menjadi seorang pereka grafik juga menarik. Saya juga boleh memilih untuk meneruskan perniagaan ayah yang menubuhkan sebuah syarikat ukiran kayu. Yang terakhir, menjadi seorang pelukis.

Entah mengapa hati saya kuat mendesak saya jadi seorang pelukis.

bagaimana saya berubah menjadi seorang pelukis professional dalam tempoh 10 tahun 49063

Dengan keputusan itu, saya pula jadi takut andainya berlaku kegagalan pada saya. Bagaimana jika saya tidak mampu jadi lebih baik? Bagaimana dengan pendapatan saya? Cukupkah duit yang akan saya perolehi kemudian hari?

Rasa takut itu mendesak saya untuk jadi lebih baik.

Saya memilih untuk masuk ke sekolah seni. Itu satu-satunya jalan yang dapat membantu saya. Jika saya betul-betul mahu jadikan lukisan sebagai karier, ini jalan yang patut saya tempuhi. Selepas memilih beberapa sekolah yang ada, saya mendaftar ke Rhode Island School of Design (RISD).

bagaimana saya berubah menjadi seorang pelukis professional dalam tempoh 10 tahun 49062

Permohonan saya nasib baik berjaya. Saya diletakkan dalam kumpulan pemohon simpanan pada mulanya. Bagaimanapun, saya gagal mendapatkan biasiswa yang saya harapkan, jadi yuran 35 ribu itu akan saya dan keluarga akan tanggung sendiri, belum masuk kos sara hidup. Ketika itu pula tahap kewangan keluarga saya agak merudum, jadi nak tak nak, pinjaman adalah satu-satunya jalan.

Jadi saya memutuskan untuk menolak tawaran itu. Saya mesti mendapatkan biasiswa.

Cara untuk mendapatkan biasiswa adalah dengan meningkatkan kemahiran saya dalam lukisan figura yang kurang diberi penekanan sebelum ini dalam permohonan saya. Hanya selepas berjaya membaiki kemahiran ini, baru saya akan memohon semula ke RISD. Saya menyertai beberapa bengkel lukisan yang dianjurkan University of Virginia dalam kemahiran lukisan figura.

bagaimana saya berubah menjadi seorang pelukis professional dalam tempoh 10 tahun

Setahun kemudian, saya membuat permohonan semula ke RISD dengan portfolio baru berdasarkan kemahiran yang telah dipertingkatkan. Saya bernasib baik pada satu hari menerima sebuah sampul besar dari RISD.

Di dalamnya terkandung surat yang mengatakan saya diterima masuk dengan biasiswa sebanyak 20 ribu setahun. Tawaran yang baik, tetapi masih belum cukup untuk menampung keseluruhan yuran pengajian. Saya tidak dapat bergantung kepada ibu bapa saya ekoran keadaan kewangan mereka yang masih lemah, jadi saya mengambil pinjaman bank bagi menampung beban kewangan selebihnya.

bagaimana saya berubah menjadi seorang pelukis professional dalam tempoh 10 tahun 49011

Saya masuk ke RISD dan belajar mengasah kemahiran. RISD memang mahir dalam memastikan pelajar mereka bekerja keras dan saya meluangkan beratus-ratus jam meningkatkan kemahiran diri.

Bagaimanapun, beban kewangan yang ditanggung membuatkan saya nampak kesukaran untuk meneruskan pengajian di situ. Yuran mengalami kenaikan namun jumlah tajaan saya tidak meningkat. Jika saya teruskan pengajian lagi 2 tahun, saya akan mempunyai jumlah tanggungan hutang sebanyak 100 ribu lebih.

Jadi, saya mengambil keputusan berhenti.

Saya bertukar ke Virginia Commonwealth University (VCU) bagi menamatkan pengajian ijazah saya. Musim panas sebelum memulakan pengajian di VCU, saya habiskan masa dengan melukis lanskap sekitar Sungai Hudson. Sebelum itu, saya cuba mengelakkan diri dari melukis lanskap tapi pada musim panas itu, saya memberanikan diri saya menyertai ramai lagi pelukis di tebing Sungai Hudson merasai alam semulajadi di depan saya, menterjemahkannya menjadi lukisan.

bagaimana saya berubah menjadi seorang pelukis professional dalam tempoh 10 tahun 49022

Ketika memulakan pelajaran di VCU, kami diwajibkan mempunyai buku lukisan yang wajib dipenuhi dan kami dinilai daripada buku itu. Saya mula memenuhkan buku lukisan saya dengan lukisan-lukisan mereka yang saya nampak di situ. Saya tidak berapa pandai melukis dengan pensil, jadi saya mengambil keputusan untuk melukis dengan berus di dalamnya.

Saya teruskan mengasah kemahiran lukisan figura saya tetapi ramai orang mengakui, kemahiran saya adalah dalam bidang lanskap dan bukan figura.

bagaimana saya berubah menjadi seorang pelukis professional dalam tempoh 10 tahun 49066

Saya tahu semua yang saya lakukan belum cukup, jadi saya mengambil keputusan untuk mempertajamkan lagi kemahiran saya dalam seni lanskap. Nasib baik VCU mempunyai beban tugasan yang lebih ringan berbanding RISD - jadi saya mempunyai masa untuk melukis lanskap dari imaginasi. Banyak yang saya belajar daripada waktu ini dan inilah cara saya meletakkan apa yang saya belajar dalam bentuk aplikasi sebenar.

Maklum balas yang saya terima terhadap lukisan saya memang banyak dan kebanyakannya positif. Tetapi saya tahu satu masalah saya dalam menjadikan lukisan sebagai karier saya - semua karya saya tidak pernah siap sepenuhnya.

Saya kurang sabar dan mahu kerja cepat siap. Saya kerap bosan dengan satu lukisan dan terus memulakan lukisan baru. Perkara itu kerap berlaku. Jadi saya mengambil keputusan untuk menghabiskan satu lukisan sampai betul-betul siap.

bagaimana saya berubah menjadi seorang pelukis professional dalam tempoh 10 tahun 49074

Akhirnya saya berjaya menyiapkan lukisan pertama saya yang saya betul-betul saya rasakan puas hati, walaupun apabila dilihat balik sekarang ini amat jelas cacat cela yang ada. Buat pertama kali saya rasa lukisan saya berada di tahap professional. Pencahayaannya baik, reka aturnya yang kemas, ruang dan suasananya realistik.

Bermula dari situ, saya habiskan masa terluang saya dengan membangunkan portfolio pertama saya dalam bentuk lanskap.

bagaimana saya berubah menjadi seorang pelukis professional dalam tempoh 10 tahun 49039

Pada tahun akhir di VCU, saya menyertai sebuah konvensyen bernama Illuxcon, himpunan pelukis fantasi dan sains. Sebelum itu saya hanya datang sebagai pelawat. Saya berjaya mendapat ruang melakukan pameran karya saya dan semua portfolio saya dipamerkan, dengan ratusan cetakan lukisan saya edarkan secara percuma. Saya dapat tawaran pekerjaan pertama saya dari konvensyen itu, jadi saya bergelar pelajar dan pelukis pada tahun akhir pengajian saya.

Bagaimanapun, sasaran saya cuma satu - untuk melukis bagi Dungeons and Dragons (D&D). Saya telah pun berjaya menemui Jon Schindehette pengarah seni D&D dan berharap agar dia membuka jalan pada saya. Sehinggalah pada satu hari saya mendapat email dari beliau. Tiga lukisan, dengan salah satunya lukisan muka depan untuk majalah digital terbitan mereka.

bagaimana saya berubah menjadi seorang pelukis professional dalam tempoh 10 tahun 49037

Kejayaan memenuhi apa yang mereka inginkan membuatkan kerjasama di antara saya dan D&D terjalin lamanya. Namun, saya tidak menyangka saya mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan Magic : The Gathering selepas itu. 'Magic' adalah satu-satunya pekerjaan yang paling diidamkan semua pelukis fantasi. Bayarannya bagus, mempunyai jumlah peminat yang ramai dan hanya melantik artis yang benar-benar bagus.

Ketika graduasi, saya masih lagi bekerja dengan Wizards of the Coast, penerbit kad Magic : The Gathering. Saya memilih untuk kembali tinggal bersama ibu bapa walapun pendapatan saya agak mencukupi untuk hidup sendiri. Hutang 40 ribu yuran pengajian perlu dilunaskan jadi nak tak nak, saya kena kurangkan perbelanjaan.

bagaimana saya berubah menjadi seorang pelukis professional dalam tempoh 10 tahun 49062

Saya habiskan setahun berikutnya bekerja. Saya ambil semua kerja yang ada dan saya bernasib baik, saya berjaya membayar hutang yang ada tepat setahun satu bulan saya graduasi. Dalam tahun 2014, saya berkenalan dengan seorang artis wanita Australia melalui Twitter. Saya memberanikan diri ke sana untuk menemui dia dan cinta kami berputik.

bagaimana saya berubah menjadi seorang pelukis professional dalam tempoh 10 tahun

Saya berharap agar tulisan saya ini mampu memberikan inspirasi pada pelukis-pelukis lain untuk berani mencuba. Memang jalannya panjang dan kerap kelihatan tiada jalan keluar. Bagaimanapun, kalau kita tetap teruskan mencuba satu hari nanti kita akan berjaya menempuhi halangan itu.

Nasihat terakhir saya, walau apa saja pencapaian anda dalam hidup, berterima kasihlah kepada apa yang telah anda berjaya gapai.

49089

Rasa berbangga dengan diri sendiri itu penting, bukan untuk menampakkan ego - tetapi untuk memajukan dan memberi motivasi pada diri sendiri. Asalkan kita terus mencuba, satu hari nanti kita akan berada di mana yang diimpikan kita.

Rujukan

How I Became an Artist

Artstation

Previous
Next Post »
loading...