loading...

Zizan Cedera, Ini Respon PM Najib Razak

zizan razak cedera ini respon perdana menteri najib razak 637
Kredit foto: terbakor.com & smh.com.au

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memberikan perhatian terhadap pelakon, Zizan Razak, yang pitam di lokasi penggambaran Polis Evo 2.

Ucapan Najib antara yang membanjiri ruangan komen di laman Instagram @zizanrazak869.

"Semoga cepat sembuh Zizan. Saya doakan cepat sembuh, kembali kejar penjenayah dalam Polis Evo 2," tulis Perdana Menteri penuh prihatin.

"Insya-Allah Datuk Seri. Saya akan usaha yang terbaik demi menjaga keamanan Malaysia. Saya sayang Datuk Seri," jawab Zizan dalam komen balasnya.

zizan razak cedera ini respon perdana menteri najib razak 2

Kredit foto: BH Online

Difahamkan insiden malang yang menimpa Zizan sebelum ini berpunca daripada kedegilannya mahu melaksanakan babak aksi berulang kali bagi mendapatkan hasil terbaik, meskipun dalam keadaan penat dan tidak sihat.

Sehingga kini kiriman yang dimuat naik selepas kejadian cemas di Kuantan, Pahang, pada 20 November lalu itu telah meraih lebih 180 ribu tanda suka.

Polis Evo 2 antara lain dibintangi Shaheizy Sam, Raline Shah, Erra Fazira dan Hairul Azreen.

Sebelum ini, pada 9 November lalu, Zizan berkongsi fotonya bersama Najib di laman sosial ketika menghadiri Minggu Media Sosial Malaysia 2017.

Pada majlis tersebut, Zizan dinobatkan Anugerah Ikon Media Sosial 2017.

Sumber berita: BH Online
Previous
Next Post »
loading...