loading...

Turki Haram Segala Aktiviti LGBT Di Ibu Negaranya

ISTANBUL – Gerakan Lesbian, Gay, Biseksusal, Transgender (LGBT) seluruh dunia gempar apabila Turki secara rasmi melarang segala kegiatan kebudayaan berbaur seks songsang di ibu negaranya.

Menurut media tempatan, pihak berkuasa Turki bertindak tegas mengharamkan semua aktiviti sosial berkaitan LGBT di wilayah Ankara bagi mengekalkan keamanan awam daripada unsur berbaur amalan seks terkutuk itu.

Pihak pentadbiran Ankara dalam satu kenyataan menerusi laman sesawang rasmi mereka berkata, “Sejak 18 November dan sehingga notis yang selanjutnya, semua acara (berkaitan LGBT) diharamkan serta merta.

“Ini termasuk program seperti tayangan filem, persembahan teater, seminar atau kolokium, pameran dan seumpama dengannya telah dilarang untuk dianjurkan oleh mana-mana pihak sekali pun.”

Pihak berkuasa tempatan mendakwa, acara-acara berunsur LGBT tersebut boleh “menimbulkan suasana provokasi dalam masyarakat” sekali gus dbimbangi dapat menjejaskan ketenteraman awam secara tidak langsung.

Sebelum itu, kerajaan Turki mengharamkan festival filem gay Jerman yang sepatutnya diadakan di ibu kota negara tersebut demi mengelak daripada berlakunya jenayah kebencian dan serangan keganasan oleh pihak militan.

Pemerintah Turki juga telah mengharamkan sebarang penganjuran perarakan tahunan yang lazim dilakukan secara besar-besaran oleh kumpulan gay setempat atas faktor keselamatan sejak tiga tahun lalu.

Awal bulan ini, Presiden Turki, Recep Tayyip ErdoÄŸan menyelar kewujudan kuota untuk gay dalam jawatankuasa komuniti dengan mengatakan bahawa ia bertentangan nilai-nilai negara tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...