loading...

Sumber Terdekat Sahkan Fattzura Nikah Minggu Lalu

Menjawab persoalan peminat, sumber terdekat kepada Utusan Malaysia menjelaskan bahawa Fattah Amin dan juga Fazura sudah pun sah bergelar suami isteri dalam majlis pada14 November lalu.

BACA: “Belum Ada Permohonan Nikah Fattah Amin, Fazura”

Pasangan itu dikhabarkan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz berwalikan abang kandung Fazura sendiri, sekitar pukul 12.30 tengah malam di banglo kediaman nenek pelakon wanita jelita itu di Petaling Jaya, Selangor.

“Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 malam pada tarikh itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu”

“Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memi­lih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal,” beritahu sumber tersebut kepada Utusan Online.

Menurut sumber yang sama, pada awalnya majlis pernikahan dirancang untuk diadakan di Tanah Suci Mekah tetapi pada saat-saat akhir keputusan diubah pada hari pertunangan mereka. Pasangan itu bertunang sehari sebelumnya, iaitu pada 13 November di lokasi yang sama.

“Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana.

“Oleh itu, pada hari pertunang­an mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah,” jelasnya. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...