loading...

Polis Labuan Jalin Kerjasama Baik Dengan Media

LABUAN – Demi kepentingan orang awam, polis Labuan berikrar akan meneruskan kerjasama baik dengan media dari segi penyebaran maklumat.

Menurut Ketua Polis Labuan ACP Adzhar Othman, prestasi polis dalam mengendalikan kes berkaitan jenayah kebanyakannya diukur menerusi artikel disiarkan media massa.

“Oleh itu, adalah penting untuk terus menjalin kerjasama dengan media bagi meningkatkan keberkesanan dan prestasi polis,” katanya pada majlis Apresiasi Media di sini, hari ini.

Adzhar, yang merupakan ketua polis Labuan yang pertama dinaikkan pangkat sebagai penolong pesuruhjaya polis berkata media massa memainkan peranan penting dalam mengubah sikap rakyat terhadap ejen penguatkuasaan undang-undang. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...