loading...

Pengurus Beri Bayangan Fattah Dan Fazura Sudah Bernikah?

pengurus bagi bayangan fattah dan fazura sudah bernikah

Kredit foto: Mstar

Spekulasi majlis pernikahan Fattah Amin dan Fazura semakin hangat diperkatakan sepanjang keberangkatan mereka ke Tanah Suci Makkah.

Malah ada pihak yang sudah mengesahkan pernikahan tertutup yang berlangsung pada 14 November itu, iaitu sebelum pasangan ini berlepas mengerjakan umrah.

Menguatkan lagi dakwaan apabila pengurus Fattah, Aca memuat naik video yang seakan memberi bayangan Fattah dan Fazura sudahpun menjadi suami isteri.

Menerusi video yang dirakamkan di Jabal Rahmah itu, Aca bertanya kepada ibu Fazura tentang doa yang dipohonnya di sana.

Dalam nada bersahaja, ibu Fazura memberitahu dia mendoakan jodoh anaknya dan Fattah akan terus berkekalan.

Kredit video: Youtube estrellas computer

Pasangan sensasi ini berjanji akan meleraikan segala persoalan dalam sebuah majlis sidang media yang bakal berlangsung apabila mereka pulang ke tanah air nanti.

Sumber berita: Beautifulnara
Previous
Next Post »
loading...