loading...

Pelik! Mengapa Pendaftar Meluluskan Perkahwinan Kanak-Kanak Ini?

Sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mungkin berusia dalam lingkungan 10-12 tahun telah memasuki jabatan pendaftaran atas urusan tertentu. Pada mulanya para kakitangan tidak kisah sangat dengan kanak-kanak ini. Mungkin sedang menunggu ibubapa mereka berurusan dalam pejabat.

Tetapi sangkaan mereka meleset apabila kedua kanak-kanak ini mengaku sedang bercinta dan merancang untuk berkahwin. Dan mereka serius apabila datang ke kaunter meminta borang pendaftaran perkahwinan.

Sudah tentu kakitangan pendaftaran tidak membenarkan permohonan mereka. Kanak-kanak bawah umur mana boleh berkahwin. Mereka masih berada dalam tanggungan ibubapa.

Tetapi pasangan kanak-kanak ini berkeras mahu mendaftar. Mereka tidak berganjak, malah menyerahkan dokumen-dokumen lengkap kepada kakitangan bertugas.

Melihat kesungguhan mereka, kakitangan pendaftaran pun membelek dan menyemak maklumat peribadi yang diberikan. Selepas berfikir sejenak pihak pendaftaran pun mengambil keputusan meluluskan permohonan mereka.

Keputusan ini terpaksa diambil selepas meneliti kedua-dua dokumen pengenalan diri mereka. Jelas tertera usia mereka adalah 20 dan 22 tahun!

Rupa-rupanya pasangan yang kelihatan seperti kanak-kanak ini mengalami kecacatan genetik yang dikenali sebagai dwarfism (kerdil). Tinggi dan berat mereka tidak lebih dari 130cm dan 30kg saja.

Yang menakjubkan, bentuk fizikal mereka tidak seperti orang kerdil lain yang biasanya kelihatan ‘kontot’. Sebaliknya pasangan ini mempunyai bentuk fizikal seperti kanak-kanak normal walaupun usia sudah mencecah 20an.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...