loading...

Majlis Resepsi Juliana Evans Ringkas Tapi Magical!

SEMALAM berlangsungnya majlis resepsi pelakon jelita, Juliana Evans dan jejaka pilihan hatinya, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah yang ringkas tapi magical !

Pasangan yang diijabkabulkan pada 30 April lalu itu memilih majlis persandingan bertemakan Beach Wedding berlokasi di Langkawi, Kedah.

Memetik laporan beberapa sumber, MYNEWSHUB mendapati majlis berkenaan diadakan bagi meraikan rakan-rakan dan kaum keluarga pasangan ini selepas enam bulan melayari bahtera perkahwinan.

Menerusi perkongsian gambar di Instagram pemilik nama sebenar Juliana Sophie Evans ini, dia dilihat begitu anggun dan cantik mengenakan sepasang busana berwarna putih.

Manakala suaminya pula kelihatan kacak dan bergaya menyarungkan persalinan sut rona hitam.

Majlis yang diraikan penuh meriah dan santai itu turut dihadiri oleh beberapa selebriti antaranya Tiz Zaqyah dan Liyana Jasmay serta keluarga.

Pelakon berdarah kacukan ini telah selamat menjadi suri hati  Tengku Shariffuddin Shah dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Shah Alam.

Baca : Juliana Evans Sah Bergelar Isteri Kerabat Selangor

Difahamkan, majlis berkenaan diadakan secara tertutup bagi menjaga privasi selain faktor protokol istana.

Cantik kan? Dengan dihiasi suasana pemandangan laut yang lawa, nampaknya majlis resepsi pasangan ini membuatkan banyak mata terkesima!–MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...

Previous
Next Post »
loading...