loading...

Kerana Mencuri Roti, Anak Kecil Kelaparan Ini Dirotan Sampai Berdarah!

Dalam usia 7 tahun, Abdul sudah mengenal apa itu kesengsaraan hidup. Semasa berusia 1 tahun, ayahnya meninggal dunia. Kehidupan yang susah membuat ibunya terpaksa merantau ke Malaysia. Sementara itu Abdul dititipkan kepada neneknya yang sering saja sakit.

Dalam usia 68 tahun, apa sangatlah yang mampu dilakukan oleh neneknya. Perbelanjaan hidup mereka banyak bergantung kepada wang kiriman ibu Abdul setiap bulan. Itupun jumlahnya tidak banyak, cuma sekitar Rp1 juta – Rp900 ribu (RM300 – RM270) saja.

Entah apa yang berlaku kepada ibu Abdul, sudah tiga bulan dia tidak mengirimkan wang. Lebih malang lagi neneknya sakit dan tidak mampu bekerja.

Dia dan neneknya terpaksa mengikat perut menahan rasa lapar. Selama tiga hari perut mereka cuma diisi dengan air kosong. Akibat kelaparan yang melampau, Abdul terpaksa mencuri dua bungkus roti coklat dari sebuah warung berdekatan rumahnya.

Malangnya dia tertangkap oleh pemilik warung bernama Yanto. Tanpa belas kasihan, Abdul dibogelkan dan diikat pada tiang rumah lalu dirotan sehingga berbirat dan berdarah belakangnya.

Bagi menutup kesalahannya, Yanto mengugut kononnya mahu melaporkan kes curi itu kepada pihak polis. Nenek Abdul yang tidak tahu apa-apa merasa takut dan terpaksa menandatangani satu ‘surat perdamaian.’ Dia juga diberikan wang sebanyak Rp100 ribu (RM30) untuk membawa cucunya berubat ke hospital.

Apabila ditanya, Yanto sekadar menjawab, “Sudahlah jangan banyak tanya. Itu bukan urusan anda. Saya sudah berikan wang untuk berubat dan neneknya sudah tandatangan surat pernyataan damai dan tidak akan menuntut.”

Ya… Abdul memang bersalah kerana mencuri (kerana kelaparan). Tetapi memukul seorang kanak-kanak sehingga berdarah adalah satu tindakan kejam!

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...