loading...

Dikatakan Bernikah Malam Tadi, Fattah Dan Fazura Minta Tunggu Sidang Media

dikatakan bernikah malam tadi fattah dan fazura minta tunggu sidang media

Kredit foto: Instagram Fazura

Pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura bakal mengadakan sidang media selepas pulang daripada mengerjakan Umrah nanti.

Menurut kenyataan daripada laporan portal Mstar Online, majlis sidang media tersebut akan diadakan pada 23 November ini namun tujuannya tidak dinyatakan.

Pun begitu, ia dipercayai mempunyai kaitan dengan gosip mengatakan pasangan ini sudah bernikah pada malam tadi (Selasa).

Kenyataan yang dikeluarkan daripada pihak Fattah dan Fazura kepada portal Mstar itu menulis:

"Dengan rendah hati, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan wartawan dan para peminat semoga Umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

"Insya-Allah, berikutan dari perkara ini pihak Fattah Amin dan Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November.

"Lokasi dan masa sidang media ini akan kami kongsikan dalam waktu terdekat ini."

Turut disebut dalam kenyataan itu adalah penghargaan pasangan selebriti ini kepada para peminat atas doa mereka sekaligus berharap pemergian mereka ke Makkah akan memperoleh Umrah yang mabrur.

Keberangkatan mereka pada pagi Rabu itu turut disertai ahli keluarga kedua-duanya.

"Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Makkah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan.

"Terima kasih atas doa-doa kalian dan Insya-Allah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur," tambah kenyataan itu.

Terdahulu, timbul spekulasi pasangan ini telahpun melangsungkan pernikahan sebelum berlepas ke Makkah untuk memudahkan urusan mengerjakan umrah sebagai suami isteri.

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila sebuah portal berita mendapati rumah nenek Fazura dipenuhi tetamu, meskipun tidak diketahui majlis apa yang berlangsung. Bagaimanapun perkarangan rumah itu dikatakan dikawal ketat kerana hanya tetamu yang diundang sahaja dibenarkan masuk.

Sumber berita: Mstar
Previous
Next Post »
loading...