loading...

Bagaimana Ika Nurjanah 17 Tahun Jatuh Cinta Dengan Petani Tua?

Badu seorang lelaki separuh abad Cuma seorang petani. Dia tinggal di daerah Kolaka, Sulawesi Tenggara. Setiap hari dia membanting tulang di kebunnya.

Di kiri dan kanan kebunnya adalah jiran-jirannya yang juga mengusahakan kebun seperti dirinya. Salah satu jirannya memiliki seorang anak perempuan yang bernama Ika Nurjannah.

Boleh dikatakan setiap hari dia kerap terserempak dengan Ika yang ketika itu Cuma seorang kanak-kanak hingusan. Tidak ada apa-apa yang istimewa dilihatnya pada sosok anak itu.

Tetapi seiring dengan peredaran masa, Ika Nurjannah telah membesar menjadi gadi yang cantik. Sebagai seorang lelaki, Badu tertarik dengan kecantikan anak jirannya ini. Kebetulan, hubungannya dengan Ika memang agak rapat lantaran sudah kenal sejak gadis itu masih kecil.

Tanpa dapat dielak bibit cinta mula tumbuh dalam jiwa Badu. Tapi dia sedar usia mereka bagaikan langit dan bumi. Ika baru berusia 17 tahun, sedangkan dirinya sudah menjangkau umur 56 tahun.

Rupa-rupanya Ika juga ada menyimpan perasaan terhadap Badu. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, dia menerima cinta Badu.

TIdak lama selepas itu, Badu telah menemui keluarga Ika dan menyatakan hasrat murninya untuk menikahi Ika. Tanpa banyak halangan, lamaran Badu diterima.

Maka pada hari Isnin, 20 November 2017 yang lalu, dengan hantaran Rp300 ribu (RM90), Badu melafazkan nikah di hadapan tok kadi. Dengan itu Ika Nurjanah 17 tahun sah menjadi isteri Badu 56 tahun.

Begitulah adanya para pembaca budiman. Ika Nurjanah mencintai Badu bukan kerana hartanya, tapi kerana telah mengenal lelaki tua itu sejak kanak-kanak. Mungkin perkenalan yang begitu lama telah membuka ruang buat Ika mengenali hati budi Badu.

Previous
Next Post »
loading...