loading...

Awas! 0rgasme Melampau Boleh Menyebabkan Buta!

Banyak kajian saintifik telah membuktikan hubungan asmara yang sihat memberi faedah dari segi kesihatan mental dan fizikal serta mampu memanjangkan umur.

Tetapi tahukah anda ia juga boleh membawa mudarat? Salah satu risiko yang kita tidak pernah terfikir ialah, 0rgasme boleh menyebabkan buta! Hal ini terjadi di United Kingdom.

Seorang lelaki berusia 29 tahun dari Southampton telah mendapatkan rawatan di hospital kerana mata kirinya tiba-tiba tidak dapat melihat.

Semasa diperiksa, doktor mendapati mata kiri lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu mengalami pendarahan.

Setelah ditanya puncanya, lelaki itu mengatakan dia mengalami 0rgasme yang kuat ketika berasmara. Ketika hampir sampai ke kemuncak, dia telah menahan nafasnya menggunakan teknik yang dipanggil Valsalva maneuver, untuk meningkatkan jangkamasa dan kekuatan 0rgasmenya.

Akibatnya pembuluh darah dalam matanya pecah kerana penumpukan tekanan secara mendadak. Darah ini telah menghalang penglihatannya.

Dia bernasib baik kerana penglihatannya beransur pulih tanpa menggunakan sebarang ubat. Darah dalam matanya telah diserap oleh tubuhnya.

Sebelum itu, Journal Perubatan British telah merekodkan enam kes pesakit mengalami masalah penglihatan akibat 0rgasme.

Jadi buat para pembaca budiman, berhati-hati apabila berasmara. Ambil ikhtibar dari kejadian ini. Jangan terlalu fikirkan soal mahu menikmati yang ‘terlalu sedap’ sehingga melampaui kemampuan tubuh. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...