loading...

Tumbuh Payudara Tatkala Umur 2 Tahun, Haid 4 Tahun Dan Menopause 5 Tahun!

Tidak seperti kanak-kanak lain, Emily Dover 5 tahun tumbuh payudara tatkala berumur dua tahun. Ketika berusia empat tahun, dia sudah didatangi haid yang pertama. Lebih memenigkan ibubapanya dalam usia lima tahun dia sudah menunjukkan tanda-tanda menopaus!

Bayangkan dalam usia dua tahun sudah tumbuh payudara, berjerawat dan memiliki bau bdan yang kuat seperti orang dewasa. Selepas didatangi haid pada usia empat tahun, dalam tempoh 12 bulan alat sulitnya mula ditumbuhi bulu.

Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya tidak menjalani hidup normal seperti kanak-kanak sebayanya. Malah dia terpaksa diajar memakai pantyliner setiap kali datang bulan.

Ketika dilahirkan dia kelihatan normal. Cuma beberapa bulan kemudian pertumbuhan badannya lebih cepat dari kanak-kanak biasa.

“Ketika berusia empat bulan, kami terpaksa memakaikannya dengan pakaian saiz bayi umur setahun,” ujar ibunya.

Menceritakan detik pertama anaknya mengalami haid, Emily mendatanginya dan mengadu yang dia kencing darah.

“Amat sukar untuk menjelaskan kepadanya apa yang berlaku. Dia tahu dirinya berbeza, tahu yang dirinya lebih besar dari kanak-kanak sebaya. Dia sedar dengan keadaan tubuhnya,” luah ayahnya.

Dalam usia yang sangat muda, Emily sudah mula mengalami menopaus yang sepatutnya dialami oleh wanita normal pada usia mencecah 50an. Masa depannya menjadi teka-teki. Apa akan terjadi kepada Emily menjelang dewasa?

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...