loading...

Fesyen Baju Dikecam, Ini Jawab Shahir

fesyen baju dikecam ini jawab shahir 1

Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia

Penampilan penyanyi Shahir di Konsert Separuh Akhir AF Megastar menjadi bahan kritikan netizen.

Rata-ratanya menganggap pemilihan baju kurta moden yang dikenakannya kelihatan tidak bersesuaian dengan lagu Warkah Untukku (dendangan asal Ara).

Lebih hangat apabila ada yang mengaitkan persalinan itu dengan baju muslimah kerana kelihatan hampir sama.

fesyen baju dikecam ini jawab shahir 2

Kredit foto: Astro Gempak

Bagaimanapun Shahir mempunyai pendapatnya yang tersendiri berkenaan isu itu.

Kata Shahir, pihak pengurusan termasuk dirinya mempunyai perancangan yang rapi dalam menentukan gaya penampilan setiap konsert.

Namun mereka masih mengambil kira pendapat pihak luar bagi memperbaiki kekurangan yang ada.

"Setiap minggu saya dan pengurusan akan sentiasa memastikan penampilan saya di pentas terurus dan bersesuaian dengan konsep persembahan.

"Malah, kami juga memvariasikan penampilan saya daripada minggu ke minggu.

"Kalau dia tak sesuai di mata peminat atau penonton, kami akan menambah baik selepas ini," katanya yang dipetik daripada laporan portal Astro Gempak.

Pun begitu, masih ada peminat yang mengagumi fesyen kurta itu kerana dikatakan bersesuaian dengan dirinya.

fesyen baju dikecam ini jawab shahir 3

Kredit foto: Astro Gempak

Pada peringkat akhir, Shahir bakal bersaing dengan empat lagi penyanyi iaitu Marsha, Bob, Idayu dan Syamel.

Juara AF Megastar bakal membawa pulang wang tunai RM100 000, trofi sumbangan Astro dan pakej percutian tajaan SelamatBercuti.com.

Konsert Akhir AF Megastar bersiaran Ahad ini, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak
Previous
Next Post »
loading...