loading...

7 Khasiat Coklat Hitam Yang Jarang Anda Ketahui



Coklat hitam ataupun juga dikenali sebagai coklat gelap (dark chocolate) mempunyai banyak khasiat dan nutrisi yang boleh memberikan manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

 Coklat hitam yang diperbuat daripada biji koko, merupakan salah satu sumber antioksida yang terbaik di dunia.

 Kajian mendapati bahawa coklat hitam boleh meningkatkan kadar kesihatan dan mengurangkan risiko sakit jantung.

 Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda hendaklah membaca artikel khasiat coklat hitam ini secara penuh.

1. Coklat Hitam Mengandungi Banyak Nutrisi

Jika anda membeli coklat hitam dengan kandungan koko yang tinggi, sebenarnya ia mempunyai banyak nutrisi.

 Ia mengandungi kandungan serat larut yang tinggi dan mempunyai banyak bahan mineral.

 100 gram bar coklat hitam yang mengandungi 70-85% kandungan koko sudah mempunyai:

  • Serat
  • Zat Besi
  • Magnesium 
  • Copper
  • Manganese
  • Fosforus
  • Zink
  • Selenium
Asid lemak yang terdapat di dalam coklat hitam juga sangat baik. Lemak tersebut biasanya adalah tepu dan monounsaturated, dengan sedikit kandungan polyunsaturates.

 Pada masa yang sama, mengandungi bahan peransang seperti kafein dan theobromine. Tetapi coklat gelap ini tidak membantu anda untuk berjaga malam kerana kandungan kafeinnya terlalu sedikit berbanding kopi.

2. Sumber Antioksida Yang Baik

Adakah anda pernah mendengar perkataan ORAC?

 ORAC merujuk kepada Oxygen Radical Absorbance Capacity dan ia digunakan untuk mengukur kadar antioksida yang terkandung di dalam sesuatu makanan.

 Kebiasaannya, para pengkaji akan meletakkan sedikit radikal bebas ke atas makanan tersebut dan memerhati bagaimana makanan tersebut boleh bertindak balas dengan kandungan radikal bebas itu tadi.

 Kaedah ini dipersoalkannya sebenarnya kerana uji kaji dilakukan di dalam tabung uji, dan mungkin tidak sama dalam perut manusia.

 Walaupun begitu, perlu tahu bahawa biji koko yang tidak diproses mempunyai kandungan antioksida yang tertinggi berdasarkan kajian ORAC tersebut.

 Antioksida tersebut datangnya dari polyphenols, flavanols, catechin dan lain-lain.

 Satu kajian menunjukkan bahawa koko dan coklat hitam mengandungi kadar antioksida yang jauh lebih tinggi berbanding buah-buahan yang lain, ini termasuklah blueberry dan acai berries.

3. Meningkatkan Kadar Peredaran Darah dan Mengurangkan Tekanan Darah

Flavanols yang terdapat di dalam coklat hitam boleh meransang endothelium, iaitu lapisan arteri untuk menghasilkan nitric oxide (NO) – sejenis gas.

 Salah satu fungsi NO adalah untuk menghantar isyarat ke arteri untuk mengendur, yang mana boleh mengurangkan kadar rintangan peredaran darah – lantas mengurangkan tekanan darah.

 Terdapat juga beberapa kes yang menunjukkan bahawa biji koko dan coklat hitam boleh meningkatkan kadar peredaran darah dan mengurangkan tekanan, tetapi kesannya sangat sedikit.

4. Meningkatkan Kadar HDL dan Melindungi LDL dari Pengoksidaan

Mengambil coklat hitam boleh mengurangkan beberapa faktor dan risiko kepada sakit/masalah jantung.

 Di dalam satu uji kaji yang terkawal, serbuk koko didapati boleh mengurangkan pengoksidaan kolestrol LDL pada lelaki.

 Pada masa yang sama, ia boleh meningkatkan kadar HDL.

 Pengoksidaan LDL, bermaksud LDL (kolestrol buruk) bertindak balas dengan radikal bebas.

 Ini akan membuatkan partikel LDL menjadi aktif dan boleh menjejaskan tisu yang lain, salah satunya menjejaskan lapisan saluran arteri di dalam jantung.

 Perkara ini logik kerana koko mengurangkan pengoksidaan LDL.

 Selain daripada itu, coklat hitam juga boleh mengurangkan insulin resistance, yang mana salah satu faktor utama kepada masalah jantung dan kencing manis.

5. Boleh Melindungi Kulit Dari Matahari

Saya tidak bermaksud anda menjadikan coklat hitam sebagai payung anda, tidak!

 Apa yang saya ingin maksudkan adalah, coklat hitam mengandungi bahan bioaktif yang boleh memberikan manfaat kepada kulit anda.

 Flavanol boleh melindungi kulit anda daripada kesan cahaya matahari dari dalam kulit. Pada masa yang sama mempertingkatkan kadar peredaran darah ke kulit dan meningkatkan ketumpatan kulit dan hidrasi.

 Sekiranya mahu keluar rumah pada musim panas atau tengah hari, berbekalkan coklat hitam.

6. Mengurangkan Risiko Masalah Kardiovaskular

Bahan yang terdapat di dalam coklat hitam didapati boleh mencegah daripada LDL teroksida.

 Dalam jangka masa yang panjang, ini boleh mengurangkan kadar kolestrol tersumbat pada arteri – lantas mengurangkan risiko masalah jantung dan penyakit kardiovaskular dalam jangka masa yang panjang.

 Dalam satu kajian ke atas 470 lelaki tua, pengambilan koko didapati boleh mengurangkan risiko kardiovaskular sebanyak 50% dalam jangka masa 15 tahun.

 Satu kajian yang lain menunjukkan bahawa pengambilan coklat sebanyak 2 atau lebih setiap minggu boleh mengurangkan perbentukan plak pada arteri sebanyak 32%.

 Pengambilan coklat hitam ini bukanlah satu kaedah merawat, tetapi lebih kepada mencegah. Walaupun begitu, jangan mengabaikan pemakanan yang sihat yang lain.

7. Boleh Menguatkan Fungsi Otak

Terakhir sekali, coklat hitam mempunyai rekod untuk meningkatkan daya fikiran dan fungsi otak secara umum.

 Satu kajian ke atas seorang sukarelawan yang sihat, menunjukkan bahawa pengambilan koko yang tinggi flavanol selama 5 hari boleh meningkatkan peredaran darah ke otak.

 Koko juga didapati boleh meningkatkan fungsi kognitif, terutama bagi orang yang sudah berusia.

 Koko mempunyai khasiat ini kerana mengandungi satu jenis bahan peransang seperti kafein dan theobromine, yang menjadi kunci kepada perkembangan dan menjaga fungsi otak.



Wow! Tak sangka begitu banyak faedah makan coklat hitam nie, kan?

 Tapi perlu ingat, memandangkan kesemua kebaikan (antioksida, flavonoids, dan lain-lain) ini datang dari sepotong coklat yang mempunyai kandungan gula, susu, dan butter yang tinggi, maka, makan septong coklat bukanlah alasan untuk anda tidak bersenam. Malah, jika anda bersenam dan makan coklat, anda akan terkejut melihat perubahan kesihatan badan anda yang menjadi lebih baik!

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...