loading...

Waris Mangsa Kebakaran Tragedi Tahfiz Dakwa Diabai

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmida Othman mendakwa terdapat beberapa keluhan daripada keluarga mangsa tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mendakwa mereka seoalah diabaikan.

Ekoran khabar berita berkenaan, Vida dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan keluarga mangsa di Surau Ittifaqiyah malam ini sebaik beliau pulang dari urusan perniagaan di Sabah.

“Saya dengar banyak rungutan daripada waris pelajar yang maut. Mereka dakwa seolah-olah diabaikan.

“Kasihanlah andai dakwaan itu benar. Lagipun sebagai seorang ibu yang pernah melalui tragedi hitam ini, saya faham perasaan mereka,” katanya memetik mStar Online.

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu yang pernah melalui pengalaman pahit kehilangan dua anaknya dalam kebakaran di kediamannya di Ipoh, menyebabkan beliau dapat merasakan keperitan dilalui keluarga mangsa.

“Saya sendiri pun mengambil masa yang agak lama untuk bangkit melupakan detik hitam itu daripada terus menghantui hidup saya,” tambah Vida.

Khamis lalu, Vida yang berkunjung ke pusat tahfiz tersebut meluahkan hasrat menjadikan anak-anak tahfiz yang terselamat dalam tragedi itu sebagai anak angkat.

Malah, beliau turut berhasrat membawa 18 pelajar dan kakitangan pusat tahfiz tersebut untuk menunaikan ibadah umrah dalam tempoh terdekat. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Previous
Next Post »
loading...