loading...

Viral… ‘Abang Barbie’ Kacak Curi Perhatian Ramai

TULAR baru-baru menerusi media sosial yang memaparkan satu video mengenai kisah jejaka kacak sedang menyikat rambut anak patung Barbie sehingga ‘mencuri’ perhatian ramai netizen.

Lelaki tersebut iaitu Muhamad Firdaus Mohamad Razali memberitahu bahawa dia mengakui agak bengang dengan tindakan jiran yang merakam perbuatan spontan tersebut secara sembunyi.

Bagaimanapun, dia sedikitpun tidak menganggap perkara tersebut sebagai satu masalah besar walaupun dirinya kini menjadi perhatian bukan sahaja dalam kalangan wanita malahan lelaki.

Ekoran penularan video berkenaan, sehingga kini beliau telah menerima gelaran ‘Abang Barbie’.

Jelas Muhamad Firdaus, 28, lagi, dia mengakui sebenarnya berasa malu kerana dilihat mempunyai sifat feminine sehingga menimbulkan salah faham dikalangan netizen.

“Mula-mula rasa malu sebab saya bukan suka bermain anak patung seperti yang dirakam dalam video tersebut.

“Ia cuma perbuatan spontan yang dilakukan sewaktu sedang menunggu ketibaan pihak bomba kerana rumah jiran saya dimasuki ular,” jelasnya memetik mStar Online.

Menerusi rakaman video berdurasi 15 saat itu, memaparkan Muhamad Firdaus yang memakai kemeja belang sedang duduk sambil menyikat rambut anak patung.

Namun, dia terus meletakkan anak patung berkenaan sejurus menyedari gelagat spontan itu sempat dirakamkan secara ‘curi’ oleh jirannya, Melor Kaza.

Sementara itu, Muhamad Firdaus turut memberitahu dia sering kali ke rumah keluarga Melor kerana mempunyai hubungan yang akrab antara satu sama lain.

“Kami ibarat keluarga dan tujuan saya datang ke rumahnya adalah untuk makan tengah hari.

“Lepas video itu tular, ada yang hantar pesanan peribadi meminta saya sikat rambut mereka pula. Rasa nak tergelak pun ada,” katanya. – http://ift.tt/2xc7oy3

Loading...

Previous
Next Post »
loading...