loading...

Toys ‘R Us Failkan Kebankrapan

NEW YORK- Toys ‘R’ Us Inc, rangkaian kedai mainan terbesar AS memfailkan perlindungan muflis pada hari Isnin, tanda buruk terbaru untuk industri runcit yang terperangkap dalam kekuatan industri membeli-belah dalam talian dan francais barangan diskaun.

Toys ‘R’ Us berkata ia menerima komitmen lebih AS$3 bilion pembiayaan gadai janji dalam pemilikan daripada pemberi pinjaman termasuk sindiket bank pimpinan JPMorgan dan beberapa pemberi pinjaman syarikat itu.

Pembiayaan baru itu, yang tertakluk kepada kelulusan mahkamah, dijangka akan segera meningkatkan keadaan kewangan syarikat itu dan menyokong operasi yang sedang berjalan sepanjang proses yang dipantau oleh pihak mahkamah itu, kata Toys ‘R’ Us.

Unit syarikat itu di Kanada berhasrat untuk mendapatkan perlindungan dalam prosiding yang selari di bawah Undang-Undang Pengatur Undang-undang Syarikat (CCAA) di Ontario Superior Court of Justice, kata Toys ‘R’ Us dalam satu kenyataan.

Operasi peruncit di luar Amerika Syarikat dan Kanada, termasuk kira-kira 255 buah kedai berlesen dan perkongsian usaha sama di Asia, yang merupakan entiti yang berasingan, bukan merupakan sebahagian daripada prosiding Bab 11 dan prosiding CCAA, kata Toys ‘R’ Us.

Pemfailan tersebut adalah antara yang terbesar pernah dialami oleh peruncit khusus dan menggugat masa depan hampir 1,600 kedai dan 64,000 pekerja syarikat itu.

Dugaan itu datang pada masa Toys ‘R’ Us sedang bersiap untuk musim membeli-belah, yang menyumbang sebahagian besar jualannya.

Toys ‘R’ Us memfailkan petisyen di Mahkamah Kebankrapan AS untuk Daerah Timur Virginia di Richmond, Virginia.-Agensi/MYNEWSHUB.CC

Loading...

Previous
Next Post »
loading...