loading...

Sufian Suhaimi Tak Bertemu Elfira Loy

sufian suhaimi tak bertemu elfira loy 1

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi & Instagram Elfira Loy

Penyanyi Sufian Suhaimi akui tidak punya kesempatan untuk bertemu dengan kekasihnya, Elfira Loy.

Menurut Sufian, mereka kini sibuk dengan projek terkini dalam kerjaya masing-masing hingga terpaksa mengorbankan waktu bersama.

sufian suhaimi tak bertemu elfira loy 2

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

Sejujurnya, sekarang ini saya agak sibuk dengan persembahan pentas serta ada mencipta lagu untuk penyanyi lain dan Elfira pula sudah memulakan penggambaran drama terbaru. Jadi, kami jarang berjumpa dan fokus dengan kerja masing-masing, buat masa ini kurangkan 'dating' dahulu. Walaupun sibuk dengan kerja masing-masing, kami selalu berhubung melalui panggilan telefon.

Sumber: Mstar

Dalam pada itu, penyanyi berusia 25 tahun itu berkata, menjelang pertunangan mereka pada 6 Oktober ini, dia hanya mengadakan persiapan secara sederhana sahaja. 

Ini berikutan majlis yang akan diadakan adalah serba ringkas dan hanya dimeriahkan oleh keluarga terdekat.

sufian suhaimi tak bertemu elfira loy 3

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

Persiapan ala kadar sahaja kerana ia hanyalah majlis pertunangan dan tak perlu nak terlalu mewah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan dalam hal ini banyak perkara famili uruskan.

Sumber: Mstar

Mengenai perkembangan kerjaya seni, Sufian kini terbit dengan single terbaru berjudul Terasa Ada hasil ciptaan komposer Sirkhan.

Ia merupakan single ketiganya yang telahpun dilancarkan di semua platform digital.

Previous
Next Post »
loading...