loading...

“Saya Pernah Bergantung Hidup Dengan Mee Segera Di Amerika”

Siapa tidak kenal Yuna. Artis antarabangsa kelahiran Kedah yang bakal mencecah usia 31 tahun pada November ini dengan rendah hati dan penuh keinsafan menceritakan perjuangannya menempah nama di bumi asing.

Laluan menuju puncak sebagai penyanyi yang cukup dikenali di bumi Hollywood bukanlah mudah. Dia terpaksa merangkak dari bawah.

Dalam tulisannya Yuna mengatakan: “Anda boleh mencapai kejayaan kecil atau besar, tetapi anda tidak mampu melakukannya sendirian.”

“Seseorang dalam hidup anda, di suatu tempat, ada di sana menolong anda. Saya rasa pada hari ini ramai orang menganggap mereka berjaya kerana melakukannya sendiri.”

“Tapi saya tahu seseorang memberi bantuan saat saya perlukan pertolongan, semasa saya tidak memiliki apa-apa.”

“Saya pernah membahagikan wang sejumlah RM50 (kira-kira USD15) sesame rakan kumpulan dan krew, malah kadang-kadang mereka bekerja secara sukarela kerana kami tidak mendapat bayaran.”

“Pertama kali berpindah ke Los Angeles, saya cuma makan mee segera atau nasi dan sardine pada hari seterusnya untuk menjimatkan wang, kerana segalanya sangat mahal di Los Angeles.”

“Tapi saya ada rakan-rakan yang mengambil berat dan memberikan makanan. Pengalaman seperti itu akan saya kenang selamanya.”

Ketika ada artis tempatan melakukan publisiti murahan untuk mendapatkan perhatian, Yuna si artis antarabangsa ini sebaliknya menunjukkan sifat rendah diri dalam postingannya di media sosial.

Jadilah seperti Yuna. Bukan saja berpendidikan dan berjaya dalam bidang seni sehingga ke peringkat antarabangsa, tapi yang lebih penting semakin berisi semakin tunduk ke bumi.

Sumber: MSN

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...