loading...

“Rezeki Saya Dapat Gantikan Fathia Latiff”

Menjadi pilihan kedua selepas pihak produksi menolak Fathia Latiff yang mempunyai masalah disiplin, Zahirah Macwilson tidak pernah merasa tertekan mengambil tanggungjawab yang asalnya diberikan kepada pelakon tersebut. Bagi Zahirah, beliau enggan masuk campur dalam kontroversi melanda Fathia dan menganggap tawaran itu sebagai rezekinya.

BACA: “Bertudung Tapi Kecam Orang Pun Salah Juga ‘Kan?”

“Bagi saya itu merupakan kebetulan dan rezeki yang telah ditentukan lagipun buat masa sekarang saya baru saja habis penggambaran drama Duda Pujaan Dara. Saya tak tertekan untuk menggantikan Fathia kerana saya suka watak yang diberikan dan jalan ceritanya juga amat menarik”

“Saya juga tidak fikir langsung pasal kontroversi kerana itu adalah kerja dan tanggungjawab yang telah diberikan . Peminat juga memberi komen positif di media sosial apabila mengetahui saya menggantikan Fathia dan terpulang untuk bandingkan lakonan kami berdua,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Drama La Luna yang sudah memulakan pengambaran semalam telah menampilkan Zahirah memegang watak utama sebagai Luna serta beberapa barisan selebriti lain. Malah difahamkan, pihak produksi juga terpaksa merakamkan semula penggambaran babak melibatkan Fathia sebelum ini.

Terdahulu beberapa video berahi Fathia telah tersebar sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai yang mendakwa pelakon itu sedang berada di bawah pengaruh dadah. Tidak lama kemudian, muncul pula berita beliau yang bermasalah dengan pihak produksi sehingga digugurkan memegang watak utama kerana masalah disiplin. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...