loading...

Pelancong Korea Selatan Hilang Di Berjaya Hill Resort

BENTONG – Seorang pelancong warganegara Korea Selatan dilaporkan hilang selepas mengunjungi pusat pelancongan di Berjaya Hill Resort di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, Kim Chae Won, 71, dilaporkan hilang selepas mengunjungi kawasan Japanese Tea Berjaya Hills Resort kira-kira pukul 3.30 petang.

“Keluarga mangsa kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa Berjaya Hills yang melakukan pencarian sehingga pukul 6 petang semalam tetapi gagal menemukan mangsa.

“Pada masa ini, pencarian masih diteruskan oleh pasukan polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya di sini hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...