loading...

“Mereka Ambil Ganja Sebelum Bakar Pusat Tahfiz”

Pada 16 September 2017 Ketua Polis Kuala Lumpur telah mengadakan sidang akhbar kerkenaan kejadian Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang dibakar.

Menurutnya pada 14 September pukul 5.41 pagi, bomba telah menerima panggilan berkenaan kebakaran di pusat tahfiz berkenaan. Dalam tempoh 3 minit bomba sampai di tempat kejadian dan Berjaya memadam kebakaran pada pukul 6.45 pagi.

Kebakaran itu telah mengorbankan 21 pelajar lelaki yang berusia 6 hingga 17 tahun serta 2 orang warden yang masing-masing berusia 25 dan 26 tahun. Sementara itu 7 orang turut tercedera.

Oleh kerana jenazah tidak dapat disahkan melalui pengecaman, pihak berkuasa terpaksa menggunakan kaedah DIV untuk mengenalpasti setiap identity mangsa. Kaedah ini menggunakan 3 cara, iaitu cap jari, rekod pergigian dan ujian DNA.

Selepas itu semua mangsa diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengkebumian. Pada 15 September semua mangsa selamat dikebumikan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 kanun yang sama. Buat masa ini ia masih disiasat atas kesalahan khianat dengan api.

Hasil siasatan mendapat bantuan dari pihak yang berhampiran dengan lokasi kejadian, PPIM telah menyerahkan rakaman CCTV yang menunjukkan imej suspek. Hasilnya polis selesai menangkap 7 suspek yang berusia antara 11 hingga 18 tahun antara pukul 6 petang hingga 2 pagi 16 September.

Kesemua suspek tinggal berdekatan dengan pusat tahfiz tersebut. Pakaian, topi keledar dan motorsikal mereka telah dirampas dan akan dihantar ke makmal untuk dianalisis.

Pemeriksaan menunjukkan 6 daripada mereka positif dadah jenis ganja dan seorang lagi negatif. Walau bagaimanapun, semasa ditangkap tiada dadah dijumpai bersama mereka. Kesemua mereka direman 7 hari bermula pada 16 September.

Hasil siasatan menunjukkan dua daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau iaitu mencuri dan rusuhan.

Kejadian ini tercetus akibat berlaku insiden ejek-mengejek antara kedua belah pihak. Punca perselisihan masih disasat. Polis juga akan melakukan siasatan sama ada pengurusan tahfiz tahu mengenai perselisihan faham tersebut.

Akibat kejadian tersebut para suspek telah melakukan balas dendam dengan membakar bangunan tahfiz. Mengikut keterangan Ketua Polis Kuala Lumpur, mereka hanya berniat untuk membakar bangunan.

Menurutnya lagi, berdasarkan usia dan kematangan, mungkin mereka tidak tahu niat untuk membakar itu akan membunuh orang. Sebelum bertindak, mereka telah mengambil ganja. Polis akan siasat dari mana mereka dapat ganja dan petrol.

Selepas itu para suspek membawa dua tong gas silinder dari tingkat bawah ke tingkat atas. Satu bahan pembakar digunakan untuk mempercepat proses kebakaran.

Sehingga kini, pihak berkuasa tidak dapat sahkan sama ada pintu berkunci semasa kejadian.

Sementara itu seorang pelajar tahfiz yang tidur di surau berdekatan disoalsiasat, tekah dibebaskan kerana tidak terbabit dalam kejadian

Ketua Polis Kuala Lumpur meminta supaya orang awam menghentikan mesej yang viral kerana ia mengganggu proses perbicaraan mahkamah.

Berkenaan dengan status tahfiz, pihak DBKL akan siasat pemilik pusat tahfiz atas kesalahan beroperasi tanpa kelulusan.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...