loading...

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 3,439 Mangsa

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah setakat pukul 5 petang ini terus meningkat kepada 3,439 orang berbanding 2,873 orang pagi tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah mangsa dipindahkan meningkat berikutan air dari hulu yang mengalir bertembung dengan air pasang besar.

Kesemua mangsa daripada 1,014 keluarga itu ditempatkan di 22 pusat pemindahan berbanding 21 pusat yang dibuka sebelum ini dan daripada jumah itu, lapan pusat masing-masing dibuka di daerah Kota Setar serta Kubang Pasu.

Antaranya ialah Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Alor Setar membabitkan 301 orang mangsa, PP SK Seri Gunung (135), PP SK Alor Mengkudu (106), PP Dewan Taman Sri Bagan (97), PP Surau Assyakirin, Kepala Batas (78), PP SK Bukit Pinang (71), PP Dewan Wawasan Kampung Kelompang (39) dan PP Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak seramai 13 orang.

Sementara itu, mangsa banjir di daerah Kubang Pasu ditempatkan di PP Dewan Lubuk Batu (512), PP SMK Mahawangsa (509), PP Dewan Kubur Siam (303), PP Dewan Tokong Cina (167), PP Dewan Kampung Lahar (64), PP Dewan Manggol Malau (54), PP SK Kodiang Lama (41) dan PP SK Jitra 2 seramai 19 orang mangsa.

Di daerah Pokok Sena, lima pusat pemindahan yang menempatkan mangsa banjir ialah di PP SK Bukit Hijau dengan 435 orang mangsa, PP Madrasah Maahad Tarbiyah (113), PP Dewan Lubuk Keriang (60), PP Dewan Kampung Permatang Limau (35) dan PP Surau Kampung Menerong dengan 18 orang mangsa.

Sementara itu, 269 orang mangsa daripada 74 keluarga ditempatkan di PP Dewan Sukan Tanah Merah di daerah Pendang. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...