loading...

Lelaki Perkosa 18 Wanita. Salah Satu Diperkosa Lebih 900 Kali

Seorang lelaki gila seks telah merogol 18 orang perempuan dengan salah seorangnya diperkosa lebih 900 kali! Kerana perbuatan ini, Brian McTaggart digelar ‘sex monster’. Kejahatan ini dilakukannya di pantai timur Scotland.

Selain memperkosa seorang mangsa sebanyak 900 kali, McTaggart juga melakukan kekerasan terhadap seorang perempuan yang menjerit-jerit di depan anak perempuan korban.

Salah satu mangsa yang kini berusia 43 tahun bukan saja dirogol, malah didera secara fizikal. Kepalanya dibenamkan di dalam air.

Seorang lagi mangsa mendakwa berterus diperkosa tidak kira semasa dia tidur atau terjaga. McTaggart si seks maniak ini mengatakan kepada mangsa, “Anda milik saya. Saya boleh melakukan apa saja yang saya inginkan.”

Kini McTaggart dibicarakan di Mahkamah Tinggi Glasgow kerana perbuatan jenayahnya terhadap 18 orang mangsa.

Menurut sidang perbicaraan, McTaggart juga didakwa menyerang secara fizikal para remaja lelaki dan perempuan di beberapa tempat di Dundee antara tahun 1980 hingga 2001.

Hakim Lord Mulholland memberi tahu McTaggart, “Tingkah laku Anda sangat menyedihkan karena memperlakukan wanita seperti punching bag.”

“Anda berulang kali memperkosa tiga wanita ini dan anda tidak menunjukkan penyesalan atas kejahatan seksual anda,” kata hakim lagi.

Lord Mulholland menempatkan McTaggart sebagai penyerang yang biadab dan besar kemungkinan dia akan dihukum seumur hidup. Walau bagaimanapun, McTaggart menyangkal telah melakukan pemerkosaan.

“…kecuali memberikan mereka kehidupan yang sulit. Saya telah menyakiti ramai orang. Memang patut saya menerima balasan,” ungkapnya.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...