loading...

Komen Terkini Fathia Latiff Isu Menari Ghairah Dalam "Bigo Live"

fathia akui dia wanita dalam video kontroversi

Sumber foto asal: http://ift.tt/1rq92Gj

Pelakon Nur Fathia mengakui dirinya merupakan wanita yang menari ghairah dalam video kontroversi aplikasi Bigo Live yang tersebar baru-baru ini.

Fathia berkata dia merupakan manusia biasa yang juga melakukan kesilapan dan sentiasa cuba untuk memperbaiki kelemahan diri.

Menurut pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff yang berusia 30 tahun itu, dia sedaya-upaya mahu menunjukkan karakter dirinya yang sebenar mengikut kemahuan sendiri dan bukannya seperti apa yang dimahukan masyakarat.

Saya lupa sebagai selebriti, sebahagian daripada diri ini menjadi milik masyarakat. Dalam bergembira, saya terlupa batasan hingga terjerat dalam kontroversi. Saya akur dengan kesilapan diri kerana saya bukan insan yang sempurna.

Untuk apa saya terus membohongi diri dan menipu masyarakat, sedangkan segala-galanya sudah tidak mampu disembunyikan lagi. Lebih baik saya berlaku jujur dan mengakui kesilapan, meskipun perit untuk saya memikul kesannya.

Meskipun sudah berkali-kali memohon maaf atas isu kontroversi tersebut, Fathia terpaksa akur yang ia tidak cukup bagi mengembalikan maruah dan nama baiknya yang sudah tercalar.

Saya tidak kisah jika berterusan dipersalahkan dan dikecam, tapi apabila keluarga turut sama menanggung malu, saya rasa bersalah. Berulang kali saya memohon maaf daripada mereka, terutama ibu. Saya tahu ibu begitu kecewa, tetapi semuanya sudah berlaku.

Mahu atau tidak, saya terpaksa menanggung kesannya. Alhamdulillah, ketika saya dalam kekalutan dan jiwa sedang kacau, keluarga tidak membelakangkan saya. Mereka setia berdiri di belakang, memberikan kata semangat ketika saya tersasar dan melakukan kesilapan besar.

Tambah aktres kacukan Melayu, Indonesia dan Arab kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang itu, perbuatannya itu mungkin mengejutkan ramai kerana imejnya yang bertudung.

Namun, Fathia menegaskan yang dia tidak sesekali berniat untuk memburukkan imej wanita Islam yang berhijab. Ini kerana dia tidak menyangka rakaman kontroversi yang hanya dibuat untuk simpanan peribadi itu akan tersebar.

Saya terduduk apabila mendapat tahu video itu tersebar. Secara logik, tidak mungkin saya sanggup menggadaikan maruah dan memalukan diri dengan membiarkan aksi tidak senonoh menjadi tontonan ramai. Saya teramat malu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Apa juga yang saya buat, tidak mampu memutarkan kembali masa. Saya menyesal dan hanya mampu memohon maaf atas keterlanjuran itu.

Tidak cukup dengan itu, Fathia turut sekali lagi menerima dugaan apabila digugurkan daripada produksi drama "La Luna" atas dakwaan masalah disiplin.

Saya percaya kepada rezeki, malah tidak akan berhenti berusaha dan bertawakal kerana semua itu sudah tertulis. Jika ditakdirkan perjalanan kerjaya seni saya terhenti di sini, saya reda dan pasrah.

Mengulas lanjut mengenai insiden memalukan itu, Fathia memberitahu bahawa video itu dirakam semasa dia dan beberapa rakan lain termasuk Natasha menyewa sebuah villa di Kuala Lumpur untuk menghilangkan penat setelah sibuk bekerja. 

Fathia juga sedia maklum dengan sifat Natasha yang gemar bermain telefon bimbit termasuk merakam video sebagai kenangan.

Saya tidak menyalahkan Natasha apabila perkara ini terjadi. Ramai menganggap saya dianiaya dan dikhianati Natasha, malah beberapa teman rapat saya turut menyerangnya. Salah saya juga kerana tidak menjaga diri. Natasha sudah memohon maaf dan mengakui kesilapannya. Tiada guna saya memanjangkan perkara yang sudah berlaku. Saya hanya mampu menasihatkannya supaya berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan ini. Kami masih berkawan dan selepas apa yang berlaku, Natasha tetap mengambil berat dan bertanya perkembangan diri.

Biarpun tidak putus-putus menerima kecaman sehingga mencalarkan reputasinya sebagai anak seni, ia sama sekali tidak mematahkan semangat Fathia untuk terus kekal bertudung.

Fathia juga semakin tenang setelah memberitahu kebenaran dan berasakan wajar diberikan peluang untuk memperbetulkan kesilapan diri.

Saya masih belum sempurna, tetapi selagi Tuhan memegang hati, saya tidak akan membuka tudung. Berilah saya ruang untuk memperbaiki kekurangan diri.

Saya hanya mahu berehat dan mencari semula kekuatan diri yang hilang. Saya tidak lagi tertekan, malah sudah boleh mengawal perasaan dan emosi. Saya mahu kembali mendekatkan diri kepada Allah dan mencari keredaan-Nya. Saya tahu ini adalah ujian berat, tetapi pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin Tuhan mahu melihat sejauh mana saya yakin dengan kekuasaan-Nya apabila ditimpa musibah cukup hebat. Saya cuma mengharapkan doa yang baik daripada semua supaya terus istiqamah dengan perubahan ini.

Sumber berita: BH Online

Previous
Next Post »
loading...