loading...

Kawasan Berisiko Banjir Dipantau 24 Jam

MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan pemantauan 24 jam di semua lokasi berisiko banjir berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, kata Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata peralatan logistik dan keanggotaan JBPM setakat ini mencukupi bagi tujuan melaksana operasi mencari dan menyelamat serta memindahkan mangsa banjir.

“Tugas kita bukan sekadar memindahkan mangsa sebaliknya perlu menyediakan pusat pemindahan yang selesa dan mempunyai kemudahan yang secukupnya,” katanya kepada pemberita pada majlis penutupan Forum Pemerkasaan Integriti peringkat zon selatan anjuran JBPM Melaka yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Idris menyarankan penghuni sekolah tahfiz di negeri ini diberi pendedahan mengenai langkah keselamatan termasuk kaedah menggunakan pemadam api.

“Mereka (pelajar tahfiz) perlu diajar dan dilatih dengan mengadakan latihan kebakaran serta cara menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran sebagai langkah berjaga-berjaga,” katanya.

Khamis lepas, kebakaran di sebuah pusat tahfiz di Kuala Lumpur meragut nyawa 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz itu. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...