loading...

Hans Isaac Maafkan Zizan Razak

Tindakan Zizan Razak bergurau mengenai status Datuk Hans Isaac ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) nampaknya berakhir dengan pelawak berkenaan memohon maaf di atas apa yang diperkatakannya pada malam itu.

BACA: Hans Isaac Terasa Hati Gurauan Zizan Razak?

“Dia sudah meminta maaf. Kami juga sudah berbincang dan saya pun maafkan dia. Kepada peminat saya dan Zizan, saya rasa kita patut menghormati di antara satu sama lain. Inilah adat kita sebagai rakyat Malaysia”

“Ini kerana ada kata-kata yang agak kasar dalam Instagram saya,. ??Kami (Hans dan Zizan) dah selesai dan saya harap anda (peminat) pun selesaikan perkara ini,? katanya dalam satu kenyataan di Instagram.

Selain memohon maaf kepada Hans Isaac, Zizan turut meminta maaf kepada Datuk Eizlan Yusof dan juga institusi istana di atas apa yang terjadi. Bagaimana dengan pendapat anda pula? Adakah gurauan Zizan agak keterlaluan atau adakah Zizan perlu berhati-hati dalam mengacarakan majlis di masa akan datang? (rtky/s)




lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...