loading...

Hamil 8 Bulan, Lufya Terjatuh Dari Pentas

hamil 8 bulan lufya terjatuh dari pentas

Aktres Lufya yang sedang hamil lapan bulan terjatuh dari pentas selepas menjayakan program televisyen siaran langsung, Da'i pada Ahad lalu.

Bagaimanapun dia enggan menuding jari meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak atas insiden yang berlaku.

Malah dia sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak produksi yang menghulurkan bantuan ketika kejadian itu.

Malang tidak berbau, saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini cuma memohon setiap doa anda supaya kandungan bayi saya dalam keadaan sihat dan kecederaan saya beransur pulih. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada team produksi yang membantu saya dalam keadaan tersebut.

Sumber: Instagram Lufya

Kenyataan tersebut dibuat Lufya menerusi akaun Instagramnya.

Sementara itu, bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Keenam itu berkata, dia kini sedang berada dalam pemantaun doktor.

Justeru dia berharap para peminat dapat mendoakan kesejahteraan bayi yang dikandung.

Setakat ini saya masih lagi di bawah pemerhatian doktor dan berharap anda semua mendoakan saya terutamanya kandungan saya selamat. Amin.

Sumber: Instagram Lufya

Menceritakan dengan lebih lanjut kemalangan yang terjadi, Lufya memberitahu segalanya berlaku dalam sekelip mata.

Ia disebabkan kesilapannya sendiri yang menganggap permukaaan lantai sebagai pentas, sebelum langkahnya berakhir dengan kaki yang tersungkur.

Selepas tamat siaran langsung program Da'i semalam, saya mengalami musibah terjatuh dari pentas lebih kurang 1 meter tingginya. Tidak dijangka keadaan ini berlaku terlalu pantas sejurus selepas habis program semalam, saya diajak bergambar oleh @datinmaziahalmas bersama owner Siti Khadijah. Tetapi belum sempat bergambar, saya terjatuh dari pentas. Dalam keadaan tidak menyedari ruang yang saya berdiri sudah berada di hujung pentas (tiada penghadang) dan lantai hitam yang saya jangkakan pentas rupanya lantai menyebabkan saya tidak perasan dan terjatuh.

Sumber: Instagram Lufya
Previous
Next Post »
loading...