loading...

Graduan Oxford Tarik Diri Daripada Clever Girl

SEMUA maklum mengenai Clever Girl, satu rancangan pertandingan realiti yang menunjukkan keberanian dan kebijaksanaan 14 orang gadis terpilih dari setiap negeri.

Namun ramai dilaporkan terkejut apabila salah seorang peserta yang juga merupakan graduan Universiti Oxford telah menarik diri daripada rancangan itu. Kenapa? Ada yang tak kena ke dengan rancangan tu?

BACA : Graduan Universiti Oxford Peserta Clever Girl 2017

Noor Syakirah Mohd. Azam, 27, atau dikenali sebagai Kiera yang mewakili Pulau Pinang adalah salah seorang peserta yang sering mendapat perhatian sepanjang pertandingan ini.

Episod seterusnya bagi rancangan itu akan disiarkan malam ini dan difahamkan bahawa Kiera bakal mengumumkan mengenai berita penarikan dirinya pada siaran langsung malam ini.

Kiera malahan telah mengumumkan keputusannya itu menerusi Instagram miliknya hari ini.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Permintaan Kiera untuk tidak lagi meneruskan dan membabitkan diri dalam rancangan Clever Girl Malaysia musim kedua dipermudahkan.

“Ini dengan pembebasan Kiera daripada sebarang kontrak yang mewajibkan Kiera untuk membabitkan diri dengan program tersebut,” tulisnya.

Gadis ni dikatakan telah menyuarakan berita mengenai penarikan dirinya itu kepada penerbit rancangan tersebut.

Dia juga telah memohon maaf kepada semua penyokongnya yang selama ini telah memberikan semangat kepadanya sepanjang pertandingan ini dijalankan.

Walau bagaimanapun, graduan jurusan Sains Kejuruteraan ini tidak dapat memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai hal ini ketika dihubungi oleh pihak sebuah portal online tempatan.

“Maaf, saya tidak dapat memberi apa-apa komen dan penjelasan kerana sudah berjanji dengan pihak produksi.”

“Namun keputusan yang saya ambil ini adalah satu keputusan yang rasional untuk diri saya setelah berfikir masak-masak,” ujarnya lagi ketika ditanya.

Mungkin apa yang dilakukannya ini adalah kebaikan buat dirinya. Sama-sama kita nantikan kenyataan Kiera pada rancangan itu malam ini. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Loading...

Previous
Next Post »
loading...