loading...

Dua Remaja Bakal Dihadapkan Hukuman Mati Mandatori Jika Didapati Bersalah Dakwaan Membunuh 21 Pelajar Dan 2 Orang Warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Dua suspek tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini di atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan 2 orang warden dua minggu lalu.
Walaubagaimanapun mengikut laporan Utusan Online, tiada pengakuan dibuat oleh dua remaja tersebut.

Dua tertuduh didakwa membunuh

Dua orang pesalah bawah umur yang berusia 16 tahun itu dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Namun tiada sebarang pengakuan dibuat.
Dua pesalah tersebut didakwa sama-sama melakukan perbuatan membakar pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju tersebut di antara pukul 4.15 pagi dan 6.45 pagi 14 September lalu.

Lima didakwa memasukkan dadah jenis syabu & ganja

Mengikut lintas langsung daripada Buletin TV3, lima remaja bawah umur termasuk 2 yang didakwa membunuh dalam tragedi kebakaran tersebut didakwa memasukkan dadah jenis syabu dan ganja ke dalam tubuh badan mereka. Pendakwaan di buat di Mahkamah Majistret Kanak-Kanak Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi, 3 daripada mereka mengaku tidak bersalah, manakala dua lagi mengaku bersalah.
Hanya seorang sahaja iaitu remaja yang berusia 12 tahun daripada 3 tertuduh yang tidak mengaku bersalah dibenarkan diikat jamin. Manakala dua lagi tidak dibenarkan diikat jamin atas faktor keselamatan dimana kedua-dua mereka adik beradik.
sumber : Utusan Online, Buletin tv3 


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...