loading...

Chef Wan Terima Pengiktirafan Baru

chef wan terima pengiktirafan baru

Sumber foto asal: http://ift.tt/1g4CnPq

Chef selebriti bertaraf antarabangsa, Chef Wan baru-baru ini berjaya menerima dua anugerah dalam World Top Gourmet Awards 2017 yang diadakan di Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur.

Menerusi akaun Instagramnya, Chef Wan memuatnaik beberapa foto dan video bagi berkongsi detik-detik pengiktirafannya itu.

Ini betul-betul satu kejutan buat saya dalam acara malam ini, Alhamdulillah .

Pemilik nama sebenar Datuk Redzuwan Ismail (51 tahun) menerima anugerah 'Food Ambassador' dan '2017 Master Chef of the Year'.

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah dari para peminatnya yang tumpang bangga dengan pencapaian anak tempatan di peringkat antarabangsa.

Untuk pengetahuan, Chef Wan memiliki ijazah dalam Latihan Profesional Chef dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat.

Sebelum ini, beliau juga pernah dinobatkan sebagai 'Selebriti Chef Terbaik Dunia' di 'World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009' serta menerima gelaran 'Friends of Thailand Award' daripada kerajaan Thailand pada tahun 2010.

Sumber berita: mStar Online

Previous
Next Post »
loading...